saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/04/2012

Bersih 3.0 Jejas Aktiviti di KLCC

KUALA LUMPUR 28 April - Suasana pusat beli-belah Suria KLCC di sini dan kawasan sekitarnya yang selalu sibuk kini bertukar lengang ekoran gangguan yang ditimbulkan oleh peserta perhimpunan Bersih 3.0 di luar pekarangan bangunan Menara Berkembar Petronas itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hanya beberapa pelancong asing yang bersiar-siar di taman KLCC manakala pintu masuk ke Menara Berkembar Petronas dipasang pagar besi sambil dikawal ketat pihak polis dan pengawal keselamatan.

Kegiatan perniagaan di pusat beli-belah KLCC turut terjejas akibat kekurangan pelanggan.

Peserta perhimpunan mula berkumpul di luar pekarangan Menara Berkembar Petronas sejak pukul 8 pagi sambil memegang poster dan sepanduk serta melaungkan slogan anti-Lynas dan Bersih 3.0 sehingga menimbulkan gangguan kepada orang ramai.

Mereka turut berkumpul dan menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat Jalan Ampang - Jalan Sultan Ismail - Jalan Yap Kwan Seng - Jalan P. Ramlee sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka melalui Jalan P. Ramlee pada pukul 11 pagi. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.