saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/04/2012

Tahniah Que-Linda

HANDPHONE Joyah berbunyi tanda ada pesanan SMS pada awal pagi Khamis lalu. Wow… Joyah dapat berita gembira daripada pelakon Linda Jasmine yang mengkhabarkan dia sudah selamat melahirkan anak perempuan. Alhamdulillah, Linda dan bayinya yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar yang lahir seberat 2.5 kilogram itu sihat.

Bekas guru tari rancangan realiti Akademi Fantasia ini sempat beritahu, dia dan suaminya, Que Haidar bersepakat memanggil anak kedua mereka itu dengan nama Tengku Cleo. Joyah tersenyum lebar dengan keunikan nama itu . Terbayang-bayang wajah adik Tengku Ratu Haidar, mesti comel macam kakaknya itu.

Jadi Joyah pun minta gambar Tengku Cleo daripada Linda sebab teruja nak tengok kecomelannya. Jawab Linda: "Minta maaflah Joyah. Setakat ni, Que tak bagi tunjuk gambar lagi. Nanti kalau dah dibenarkan, boleh. Tapi bukan dalam masa terdekat ini."

Joyah hampa sekejap tapi tak mengapa. Mungkin Linda dan Que ada sebab tersendiri nak rahsiakan wajah Tengku Cleo itu. Apa pun, Joyah teruja sebab Linda tak pernah lupa pada Joyah walau macam mana situasi pun.

Baru lepas beranak pun masih ingat pada Joyah. Kelas Linda. Sekali lagi, team Joyah ucapkan tahniah buat Que dan Linda. Selamat berpantang Linda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.