saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/04/2012

Tidak Goyah Walau bertiga

TIGA ahli kumpulan rock Kotak, Chua, Tantri dan Cella sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur buat kali ketiga bagi mempromosikan album keempat mereka yang diberi judul Energi: Tendangan Dari Langit The Movie.

Namun kali ini, Kotak yang sebelum ini dianggotai oleh empat anggota kini hanya tampil bertiga.

Walaupun nampak goyah pada awalnya namun bukan satu sebab untuk Kotak berdiri tegap tanpa pemain drum, Posan yang meninggalkan Kotak untuk meneruskan pencariannya.

"Memang agak sukar pada awalnya untuk bergerak kerana kami tinggal bertiga, agak sepi tapi hidup ini perlu diteruskan.

"Jadi untuk menggantikan Posan, kami mengambil empat orang pemain drum tambahan yang berganti-ganti. Mereka ialah Sinyo, Ikmal Tobing, Sueri Heyho dan Bounty Ramdhan," luah pemain bass, Swasti Sabdastantri yang mesra disapa Chua.

"Keempat-empat pemain drum ini mempunyai kumpulan hakiki mereka masing-masing, mereka main drum untuk Kotak hanya ketika diperlukan.

"Sukar mencari pengganti Posan kerana kami mahukan pemain drum yang mempunyai sikap yang baik.

"Kalau pemain drum yang hebat memang ramai di Indonesia tetapi sukar untuk mencari sikap seperti Posan yang profesional," ujar Tantri.

Tambah Tantri lagi, walaupun kumpulannya itu kini tampil bertiga, perjuangan Kotak untuk dikenali di luar Indonesia akan diteruskan.

"Ketika ini kami masih lagi mencari pemain drum yang mempunyai ciri-ciri yang kami cari, sekiranya masih sukar untuk mendapatkan pemain drum baru, perjuangan muzik Kotak akan kami teruskan juga," jelasnya.

Album baru Selain itu, album repackage terbaru mereka ini juga turut memuatkan runut bunyi untuk filem dengan tajuk yang sama arahan Hanung Bramantyo.

Sebelum ini, mereka telah muncul dengan album berjudul Kotak pada 2005, Kotak Kedua (2008) dan Energi pada 2010.

"Kami bekerjasama dengan produksi filem Tendangan Dari Langit The Movie lakonan Irfan Bachdim dan Kim Kurniawan. Single pertama album ini adalah di runut pertama iaitu Tendangan Dari Langit.

"Runut pertama hingga keempat ialah lagu-lagu terbaru yang dihimpun semula dengan sembilan lagu daripada album terdahulu," ujar Tantri tentang album yang dilancarkan pada November lalu di Indonesia.

Album ini juga turut memuatkan lagu Terbang, Pelan Pelan Saja, Selalu Cinta dan Cinta Jangan Pergi.

"Ketika kami sedang menyiapkan lagu-lagu baru Kotak, SinemArt menawarkan kami untuk membuat lagu runut bunyi filem tersebut, setelah bersetuju kami menukar liriknya untuk disesuaikan dengan filem tersebut," ungkap gitaris bernama Mario Marsella yang mesra dipanggil Cella.

Dalam pada itu, tiga anggota Kotak begitu gembira dapat kembali ke Malaysia untuk tujuan promosi album dan persembahan yang dibawakan oleh pihak Suria Records, kata-kata yang keluar daripada mulut tiga sahabat ini ialah mengenai menu makanan yang mereka inginkan.

"Ternyata teh tarik di sini sangat sedap, kalau di Indonesia terlalu manis, saya juga rindukan roti canai dan nasi lemak Malaysia," jelas Tantri.

Kumpulan rock dari Jakarta ini sudah mempamerkan kesungguhan mereka bergelar anak seni.

Sepanjang tahun 2009 mereka berjaya membawa pulang Piala Anugerah Muzik Indonesia (AMI) untuk dua kategori rock iaitu Grup Rock Terbaik dan Album Rock Terbaik. Menyusul selepas itu, mereka mendapat penghargaan pada Anugerah Planet Muzik 2009 dengan menjadi Grup Pendatang Baru Terbaik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.