saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 30/04/2012

Inno Bio bantu usahawan

Sebahagian peserta yang menyertai Forum Perniagaan Tekno 2012 anjuran Inno Bio di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

INNO Biologics (Inno Bio) baru-baru ini telah menganjurkan Forum Perniagaan Tekno 2012 yang bertemakan Dari Penyelidikan dan Pembangunan Kepada Perniagaan.

Antara objektif utama forum tersebut ialah sebagai platform pertukaran idea dan ilmu serta perbincangan antara peserta mengenai perkembangan terkini dalam industri bio pembuatan dan biofarmaseutikal.

Turut disentuh ialah cabaran-cabaran yang ada dan bakal dihadapi bermula dari peringkat penyelidikan, pembangunan dan seterusnya pengkomersialan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Inno Bio, Datuk Dr. Ahmed Tasir Lope Pihie, forum seperti itu penting bagi memberi pendedahan kepada penyelidik tempatan dan antarabangsa mengenai kemudahan dan kepakaran yang dimiliki oleh syarikat berkenaan.

Beliau berkata, ramai penyelidik dan syarikat tidak mengetahui kemudahan yang ditawarkan oleh Inno Bio dan peluang seperti itu wajar diambil supaya mereka dapat meneroka potensi yang ada dalam industri biofarmaseutikal.

"Dengan adanya forum ini, diharapkan ia menjadi platform kepada pencetusan idea antara peserta bagi memberi pemahaman dan kesedaran yang lebih mengenai perkembangan industri bioteknologi.

Ia juga bagi menggalakkan diskusi dan pertukaran pendapat mengenai penyelidikan dan pengkomersialan.

"Ini merupakan salah satu usaha kami sebagai sebuah syarikat biofarmaseutikal, untuk menyokong industri ini dan bekerjasama dengan organisasi-organisasi lain untuk saling melengkapkan dan membantu untuk memajukan lagi industri bioteknologi", katanya.

Panel undangan pada sesi tersebut ialah ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Debt. Ventures Berhad (MDV), Md. Zubir Ansori Yahaya dan Pengarah Pusat Inovasi Kolaboratif, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohammed Noor Embi.

Menurut Ahmed Tasir, selain objektif itu, pihaknya juga berharap supaya penyelidik yang telah mendapat bantuan dana daripada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) supaya datang kepada mereka untuk melanjutkan aktiviti penyelidikan.

"Banyak (penyelidikan) yang berjaya dan ada yang bermasalah disebabkan tidak cukup dana dan kepakaran. Ini menyebabkan mereka terpaksa meneruskan (penyelidikan lanjutan) di luar Negara.

Inno Bio berharap dapat membantu penyelidik-penyelidik ini meneruskan usaha mereka tanpa perlu pergi ke luar negara," ujarnya.

Forum berkenaan mencatatkan penyertaan di luar jangkaan apabila 60 peserta menghadirinya daripada 30 orang yang disasarkan.

Ahmed Tasir berharap, lebih banyak kerjasama dapat dijalin dengan agensi, syarikat atau penyelidik lain termasuk mereka yang berminat menjalankan latihan kepakaran.

Katanya, Inno Bio merupakan tempat yang sesuai untuk menjalankan latihan industri memandang ia mempunyai kepakaran dan fasiliti yang sesuai terutama yang memberi penekanan kepada latihan secara hands on.

Apatah lagi makmal Inno Bio juga mengikut prosedur standard operasi (SOP) dan menjalankan kawalan kualiti untuk setiap proses yang digunakan.

katanya, kebanyakan kepakaran yang dimiliki Inno Bio adalah graduan universiti tempatan dan dua pertiga daripadanya merupakan saintis dan jurutera.

''Kami sudah berjaya membangunkan kepakaran dan memiliki fasiliti pengilangan bertaraf cGMP (Amalan Pengilangan Baik semasa)," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai latihan-latihan yang ditawarkan, sila layari laman web Inno Bio, www.innobiologics.com atau www.innobiodiagnostics.com atau e-mel ke info@innobiologics.com.

Pada masa ini perkhidmatan syarikat berkenaan merangkumi tiga bidang utama yang menjadi sumber kewangan iaitu:

l Pengklonan gen, ekspresi protein menggunakan sistem ekspresi mamalia

l Pembangunan bioprotein dan biopembuatan cGMP untuk produk biofarmaseutikal seperti protein rekombinan dan antibodi monoklonal.

l Antibodi monoklonal untuk kegunaan terapeutik atau diagnostik.

Kepentingan kemudahan cGMP:

l Meningkatkan kompetensi bioteknologi Malaysia di rantau Asia

l Pengkomersialan produk baru dari sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D).

l Kemasukan pertama Malaysia dalam pasaran pembuatan kontrak biofamaseutikal

l Mewujudkan peluang ekonomi baru dalam industri bioteknologi

l Mengasah kemahiran tempatan dalam sektor biopembuatan

Senarai kepakaran teknikal dan perkhidmatan yang ditawarkan:

l Pengasingan dan penulenan protein

l Pemodelan aliran proses

l Pengurusan projek bioteknologi

l Penghasilan bahan klinikal (persekitaran cGMP)

l Pembangunan dan kejuruteraan titisan sel, pengklonan gen dan ekspresi protein

l Teknologi hibridoma dan penghasilan antibodi

l Pembangunan medium kultur sel mamalia

l Perbankan sel

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.