saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/05/2012

Skim insurans nelayan diperkenal

KLANG 30 April - Masa depan kira-kira 65,000 nelayan di negara ini akan lebih terjamin apabila Kerajaan Persekutuan mengambil inisiatif memperkenalkan skim insurans bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, skim insurans itu diwujudkan sebagai persediaan kewangan luar jangka kepada nelayan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini termasuk kehilangan nyawa.

Beliau berkata, skim insurans berkenaan adalah cadangan pihaknya dan telah mendapat persetujuan Kabinet.

Pelaksanaannya kelak jelas Noh, akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

"Kabinet telah menyerahkan kepada pihak kementerian untuk membuat tawaran secara tender terbuka kepada lima syarikat insurans bagi pelaksanaan skim ini. Hasil tawaran tersebut, sebuah syarikat telah dipilih berdasarkan manfaat yang tinggi diberikan kepada golongan itu.

"Malah, kita juga telah menerima maklum balas daripada pihak persatuan-persatuan nelayan di seluruh negara yang sebelum ini bersetuju agar skim insurans tersebut dilaksanakan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang Ke-33 di Bandar Sultan Suleiman, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai skim insurans itu, Noh berkata, para nelayan hanya perlu membayar RM100 setahun sebagai premium insurans yang akan ditolak terus daripada elaun sara hidup tahunan mereka yang diberikan Kerajaan Pusat sebanyak RM2,400.

Menerusi skim insurans itu kata beliau, mana-mana nelayan yang meninggal dunia akibat kemalangan di laut akan menerima bayaran sebanyak RM100,000 manakala RM50,000 akan dibayar sekiranya mereka meninggal dunia akibat kemalangan di darat.

Selain itu, ujarnya, para nelayan juga akan dibayar sebanyak RM50,000 jika mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan, menerima bayaran sebanyak RM100 sehari sekiranya dimasukkan ke hospital untuk rawatan, menerima elaun ambulans sebanyak RM500 dan bayaran khairat kematian sebanyak RM2,000.

Selain melaksanakan skim insurans, Noh memberitahu, pihaknya turut merancang untuk membangunkan kompleks perumahan nelayan bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.