saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/05/2012

Cinta Fasha, Jejai terpateri

Cinta Fasha dan Jejai berakhir di jinjang pelamin.

KETIKA ibu negara kecoh dengan penganjuran perhimpunan haram, pada malam Jumaat lalu, suasana di tingkat 30, Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur begitu ironi.

Dalam penuh tenang dan damai, kemeriahan menjadi tali-temali yang mencantumkan keraian kemuncak cinta antara Fasha Sandha, 28, dengan Jejai yang sebelum itu dikategorikan sebagai pasangan sensasi sewaktu bercinta.

Semua sedia maklum percintaan Fasha Sandha dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 36, dilihat penuh dengan cabaran dan dugaan, namun takdir yang ditentukan oleh-Nya telah menyatukan kedua-dua insan yang berkasih ini.

Dalam tempoh empat tahun menjalin persahabatan dan disulami dengan bibit-bibit percintaan, akhirnya pasangan sejoli itu mengambil kata putus untuk diijab kabul sebagai suami isteri pada 27 April lalu.

Kira-kira pukul 9.45 malam, bersaksikan hampir 250 tetamu, impian Fasha untuk bergelar isteri kepada Jejai termakbul setelah acara akad nikah disempurnakan oleh bapanya, Hassan Mohideen.

Turut hadir menyaksikan acara penuh bermakna itu adalah bapa Jejai, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Jejai walaupun sebelum ini pernah melalui acara yang sama ketika mendirikan rumah tangga dengan bekas isteri, Nora Danish, namun sewaktu akad nikah dia terpaksa melakukan dua kali.

“Saya tidak gementar tapi itulah, bila sudah banyak sangat nombor lapan hendak disebut, tergeliat juga lidah.

“Fasha la nak nombor lapan ni," cerita Jejai yang memberi mas kahwin sebanyak RM8,888.88 kepada isterinya.

Fasha yang tersenyum di sebelah suami berkata, nombor lapan dipilih untuk mas kahwin kerana ia merupakan nombor kegemaran Jejai.

Pasangan yang hanya mengundang saudara dan rakan terdekat sebagai saksi majlis akad nikah itu gembira kerana hari bersejarah mereka berjalan dengan lancar.

“Memang sebelum ini saya kata, majlis akad nikah akan dibuat di rumah. Pada saat akhir kami terpaksa tukar lokasi kerana rumah tidak dapat menampung jumlah tetamu, di sini lebih luas dan selesa," jelas Fasha yang turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Antara barang hantaran yang diterima Fasha, adalah bag tangan Luis Vuitton (LV), Galaxy Note, al-Quran dan coklat.

Sementara itu, Fasha pula memberi barangan antaranya, kasut Salvatore Ferragamo, tali leher, tali pinggang, coklat, dan buku berjudul Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini.

Fasha yang bercuti selama dua minggu bagi merai hari bersejarah itu berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan akan mula belajar memasak daripada ibunya.

Jika terpaksa kata pelakon drama Cinta Elysa itu, dia akan mengikuti kelas masakan kerana Jejai adalah seorang yang suka makan.

Antara masakan kegemaran Jejai yang pernah dia sediakan adalah masak lemak udang serta ayam dan kari ikan tenggiri.

“Memang bukan mudah menjadi isteri, saya akan cuba buat yang terbaik. Setakat ini, dia tidak menghalang saya untuk meneruskan kerjaya seni.

“Namun apabila sudah melangkah ke alam rumah tangga, saya dengan sendiri akan membatas pergaulan. Lakonan tetap diteruskan tapi mungkin lebih selektif," katanya yang memilih untuk berbulan madu di Pulau Redang, Mei ini.

Fasha yang memilih Jejai sebagai suami kerana terpesona dengan sikap lelaki itu yang matang dan sentiasa bersabar dalam semua perkara.

Malah kata anak kedua daripada lima beradik itu, Jejai banyak mengajar dan membimbing dalam pelbagai perkara termasuk perniagaan.

“Dia mempunyai ilmu yang tinggi dan sentiasa berkongsi dengan saya, itu yang membuatkan saya tertarik untuk hidup bersamanya sebagai suami isteri," tambah Fasha yang sama-sama menyayangi binatang seperti juga Jejai.

Sementara Jejai pula berkata, sikap Fasha yang berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain, amat dikagumi.

Malah keserasian yang terjalin antara mereka berdua membuatkan hatinya tertambat pada pelakon itu.

“Dia seorang yang komited dalam semua perkara yang dilakukan dan sangat berdikari. Saya kagum dengan semangat kerjanya," kata Jejai berkaitan ciri-ciri yang dikagumi pada diri Fasha.

Mereka yang merahsiakan jumlah hantaran juga memberitahu satu majlis resepsi juga akan diadakan di Perlis, Mei ini.

Pada kesempatan temu bual dengan pihak media, Jejai juga menjelaskan mereka tidak pernah bercadang mengadakan majlis resepsi di pulau peranginan Bali seperti yang heboh sebelum ini.

“Kami tidak pernah buat kenyataan untuk mengadakan majlis di Bali, tapi kalau di Jakarta, ya. Setakat ini belum ada tarikh tertentu sebab semua bergantung kepada jadual kerja.

“Majlis di sana adalah untuk dirai bersama rakan-rakan. Di waktu yang sama, bolehlah bercuti," katanya yang tidak kisah jika dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis ijab kabul Fasha dan Jejai adalah Faradhiya bersama teman, Rebecca Nur Islam, Didie Alias, Tomok, Nuraliah Lee, Nadia Mustafar dan Maria Farida.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.