saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 05/05/2012

Pelancong Perak meningkat 26.5%

IPOH 4 Mei - Kempen agresif sepanjang Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 semakin menampakkan kesan positif apabila jumlah pelancong yang datang ke negeri ini meningkat 26.5 peratus atau 5,089 orang dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, dari Januari hingga Mac lalu, sebanyak 25,029 pelancong asing datang ke negeri ini berbanding hanya 19,940 dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, jumlah pelancong paling ramai yang berkunjung ke negeri ini pula adalah dari Singapura diikuti China, Amerika Syarikat dan Jepun.

"Kejayaan ini hasil usaha berterusan yang kita lakukan dalam mempromosikan Perak sama ada di dalam atau luar negara terutamanya sempena TMP 2012.

"Justeru itu, kita amat berharap lebih banyak peluang kerjasama dapat kita lakukan dengan agensi dan pihak luar untuk memperkenalkan Perak di negara mereka. Semoga sasaran kita untuk mencapai lima juta pelancong tahun ini dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat pengiklanan tempatan, Mega Dynasty Sdn. Bhd. dengan syarikat pelancongan dari China, Guijiang Travel Company Limited di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mega Dynasty diwakili Pengarah Urusannya, Daniel Lee manakala Guijiang Travel diwakili Ketua Pengarahnya, Lu Zhong Min.

Dalam pada itu, Hamidah berkata, melalui MoU berkenaan, Mega Dynasty akan bertindak mengurus dan menyediakan pakej-pakej pelancongan di negeri ini kepada pelancong yang datang dari Guangxi, China yang dikelolakan Guijiang Travel.

"Ia untuk menjamin aktiviti mereka (pelancong) di negeri ini lancar dan menyeronokkan. Tidak guna kalau kita berjaya membawa mereka ke mari tetapi bila sampai di sini semuanya tidak terurus.

"Kerjasama ini sebenarnya amat baik untuk masa depan sektor pelancongan kedua-dua negara dan diharapkan ia akan berterusan pada masa depan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.