saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 06/05/2012

Hina Jalur Gemilang, NGO buat laporan polis

KOTA BHARU 5 Mei - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini iaitu Majlis Intelektual Muda Darul Naim (Minda) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan membuat laporan polis terhadap Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan kerana didakwa memasang papan tanda yang menghina Jalur Gemilang.

Papan tanda yang tertera tulisan 'Jom, Bersama Kita Ke Putrajaya' itu mengandungi gambar Jalur Gemilang dengan jalur putihnya ditukar kepada warna kuning di samping gambar peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Minda, Kamarudin Mohd. Kasim berkata, papan tanda tersebut juga menghina undang-undang negara kerana memaparkan gambar perhimpunan Bersih 3.0 yang diharamkan.

Beliau berkata, pihak yang memasang papan tanda berkenaan tidak bertanggungjawab sehingga sanggup menghina bendera negara sendiri.

"Sebagai sebuah NGO yang mewakili anak muda, kami merasa cukup terkilan dan ia tidak wajar sama sekali. Papan tanda yang turut tertera nama Urusetia Penerangan kerajaan Pas Kelantan itu jelas menunjukkan golongan tersebut tidak menghiraukan undang-undang dan kedaulatan negara.

"Untuk apa menukar warna putih pada Jalur Gemilang kepada warna kuning? Kenapa perlu diletakkan gambar perhimpunan Bersih 3.0 sedangkan ia perhimpunan haram yang mengancam keselamatan negara.

"Perbuatan ini mencerminkan jiwa dan watak pemimpin pembangkang yang sengaja memaparkan wajah yang penuh dengan dendam kepada negara sendiri," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kota Bharu di sini hari ini.

Katanya, difahamkan papan tanda tersebut dipasang semalam semata-mata untuk 'menyindir' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), kira-kira satu kilometer daripada lokasi papan tanda tersebut dipasang.

Sementara itu, Setiausaha Perkasa Kelantan, Sharif Mahmood berkata, tindakan menukar warna Jalur Gemilang adalah satu perbuatan biadab yang tidak dapat diterima sama sekali.

"Ini perbuatan biadab yang ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang. Lebih memalukan lagi papan tanda ini dibuat atas nama kerajaan negeri dan bukannya parti.

"Sebagai sebuah kerajaan, pemimpin Pas sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik dan bukan menghasut rakyat supaya menentang undang-undang," katanya.

Tambahnya, laporan tersebut dibuat bagi meminta pihak polis menyiasat secara keseluruhan iklan papan tanda berkenaan agar penghinaan terhadap Jalur Gemilang tidak berlaku lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.