saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/05/2012

Pas pertikai keputusan majlis fatwa

KUALA LUMPUR 6 Mei - Pas mempertikaikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan rusuhan jalanan atau demonstrasi yang mempunyai niat tidak baik, melanggar undang-undang serta boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa tersebut perlu memahami terlebih dahulu tujuan sebenar perhimpunan Bersih 3.0 diadakan baru-baru ini.

‘‘Saya mahu tanya jawatankuasa yang buat keputusan itu, fahamkah mereka maksud dan tujuan Bersih 3.0 diadakan.

‘‘Sepatutnya mereka kena kaji dan tanya semua pihak tentang apa yang berlaku, bahkan boleh jumpa saya sendiri untuk mendapat gambaran sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan panel jawatankuasa tersebut yang dianggotai oleh 24 ahli termasuk 14 mufti setiap negeri yang menegaskan tindakan demonstrasi tersebut adalah haram dan bertentangan dengan pandangan majoriti ahli sunah wal jamaah yang menjadi panduan umat Islam di negara ini.

Ditanya sama ada Pas menerima atau menolak keputusan itu, Mustafa enggan memberikan jawapan, sebaliknya menegaskan keputusan yang dibuat adalah tidak betul.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.