saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/05/2012

Pilihan raya Greece tiada pemenang mutlak

ATHENS 7 Mei - Greece berdepan dengan ketidaktentuan politik hari ini selepas keputusan Pilihan Raya Umumnya menyaksikan dua parti utama gagal mendapat undi majoriti di Parlimen, sekali gus dilihat tidak berupaya menyelamatkan krisis hutang negara ini.

Keputusan pilihan raya yang diadakan semalam menunjukkan kedua-dua parti utama, Parti Demokrasi Baru dan Parti Pasok hanya berkongsi undian sebanyak 32.1 peratus, berbanding 77.4 peratus pada pilihan raya 2009, meletakkan pembentukan kerajaan baru kelihatan tidak jelas.

Sebaliknya, pengundi yang marah dengan pakej penjimatan yang diperkenalkan selama dua tahun berikutan krisis kewangan yang berlarutan, memberi tamparan dengan jumlah keseluruhan undian hanya sebanyak 151 kerusi Parlimen untuk dua parti itu, berdasarkan 99 peratus undi yang dikira.

Parti Demokrasi Baru mendahului undian dengan hanya mendapat 18.9 peratus undi dan 108 daripada 300 kerusi Parlimen.

Pemimpin parti, Antonis Samaras yang menyokong langkah penjimatan Greece bagi menangani krisis kewangan negara, dijadualkan menyampaikan ucapan pembentukan kerajaan campuran hari ini.

"Saya faham dengan kemarahan rakyat, namun parti ini tidak akan membiarkan Greece tanpa kerajaan," katanya semalam. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.