saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/05/2012

Kenyataan Irene Fernandez kejam terhadap PDRM

KUALA LUMPUR 8 Mei - Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez bersikap kejam terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seluruh lapisan masyarakat di negara ini kerana mendakwa Malaysia bukan negara terbaik untuk rakyat Indonesia mencari rezeki.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, kenyataan itu menunjukkan Irene langsung tidak menghormati usaha PDRM menjaga keamanan negara dan tidak sensitif terhadap perasaan ahli keluarga serta mangsa rakyat tempatan, yang pernah dibunuh atau dirompak oleh warga luar, termasuk dari Indonesia.

Katanya, rekod polis juga selama ini membuktikan banyak kes rompakan dan pembunuhan di negara ini dilakukan oleh warga asing termasuk negara jiran berkenaan dan beliau sendiri pernah dua kali menghadapi situasi itu.

"Dalam kes pertama, saya sendiri sehingga ke hari ini menghadapi trauma apabila sering terjaga pada pukul 4.30 pagi kerana mengingatkan peristiwa dirompak penjenayah warga Indonesia pada pagi 15 Januari 2000.

"Dalam kejadian itu, mereka memecah masuk ke bilik tidur saya dan ketika itu saya amat bimbangkan keselamatan isteri yang lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan keterlaluan Irene yang disiarkan akhbar The Jakarta Post semalam, kononnya rakyat Indonesia khususnya wanita yang ke Malaysia untuk bekerja sering dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol berikutan wujudnya industri perkhidmatan pembantu rumah.

Irene turut mendakwa PDRM tidak ada kuasa untuk menembak tiga rakyat Indonesia iaitu Herman, 34, Abdul Kadir Jaelani, 25, serta Mad Nur, 28, yang disyaki penjenayah samun dan pecah rumah ketika menyerang polis dalam satu kejadian di Port Dickson pada 24 Mac lalu.

Zainuddin menambah, kejadian rompakan ke atas rakyat tempatan di negara ini oleh warga asing bukanlah perkara baru dan polis sentiasa bertindak profesional dengan hanya mempertahankan diri apabila diserang.

Dalam kejadian kedua yang dihadapinya pula iaitu pada 2006 di Taman Melawati di sini, kata beliau, sekumpulan perompak dipercayai warga asing gagal memasuki rumahnya kerana ada pengawal yang bertugas.

Namun katanya, anggota polis yang dihubungi pengawal tersebut enggan melepaskan tembakan terhadap perompak berkenaan setelah tiba ke rumahnya kerana masih berpegang teguh kepada prosedur operasi standard (SOP) pasukan itu.

"Irene adalah individu yang tidak bertimbang rasa, tidak mementingkan keselamatan rakyat, kejam, mempunyai kepentingan politik dan semata-mata bermotif kebencian kepada negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.