saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/05/2012

Kenyataan Irene berniat jahat, amat jahil - Anifah Aman

KUALA LUMPUR 9 Mei - Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez berniat jahat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan jahil, beliau berkata, Irene membuat kenyataan itu dengan motif untuk memperlekeh hubungan dan kerjasama Malaysia dengan negara jiran berkenaan.

"Kenyataan itu amat jahil atau ignorance tentang kerjasama dan usaha yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan berhubung pengambilan tenaga kerja termasuk pembantu rumah," katanya pada sidang akhbar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini semalam.

Anifah berkata, kenyataan Irene juga tidak berasas kerana Malaysia sememangnya mematuhi mekanisme dua hala seperti yang termaktub dalam Akta Asean dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, selain menghormati hak pekerja.

"Malaysia dan Indonesia mempunyai MOU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani pada Sidang Kemuncak Asean 2007 berhubung kerjasama dalam pengambilan pekerja iaitu mekanisme dua hala.

"Perkara ini diberi perhatian oleh kedua-dua negara kerana ia menguntungkan (Malaysia dan Indonesia)," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.