saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 09/05/2012

Mereka telah gagal. Tumpuan kini 2/3 dalam PRU-13 - Bahagian 2

PAHIT itu penawar. Kuinin ialah penawar bagi demam malaria. Jika kuinin itu manis, ia akan membawa mudarat. Seperti semut juga, semut mati kerana gula.

Memetik kata-kata seorang bekas bos saya yang pernah menasihatkan ahli politik. Jika kita mahu dapatkan publisiti daripada media biarlah berpada-pada. Jika terlebih ia akan menjadi seperti semut dan gula. Gula bagi semut ialah racun, walaupun ia sedap, manis dan menggiurkan.

Oleh itu, orang politik berpada-padalah untuk mendapatkan publisiti dalam media. Asyik-asyik mahu muka keluar surat khabar dan TV. Lebih-lebih nak dekat pilihan raya ini. Benar juga kata bekas boss itu, jika asyik-asyik muka itu saja, lama-lama orang akan mengata dan akhirnya meluat.

Kita tidak boleh salahkan orang politik itu juga, kerana dekat-dekat pilihan raya ini, beliau mahu menunjukkan kepada rakyat beliau buat kerja, atau beliau mempunyai hubungan rapat dengan orang itu dan ini dan sebagainyalah.

Semasa zaman Pak Lah dulu, jumlah muka keluar akhbar, jumlah banyak aktiviti keluar akhbar, itu sudah dikira KPI bagi seseorang wakil rakyat atau orang politik. Maka pulunlah mereka cuba mendapatkan publisiti daripada media. Ada yang beraksi begitu dan begini depan kamera. Lucu pun ada, lawak pun ada dan macam-macam lagilah.

Saya tidak pasti apakah itu caranya untuk mengira tahap pencapaian atau KPI seseorang? Pada pilihan raya umum 2008, hasilnya Barisan Nasional (BN) kalah teruk, walaupun pulun wakil-wakil rakyat, ketua-ketua bahagian dan orang politik mahu muka mereka keluar paper.

Senario PRU-13 kali ini amat berbeza. Ia adalah pilihan raya ke-13, satu nombor yang amat disukai oleh Pak Lah dulu. Bagi sesetengah kepercayaan no. 13 itu tidak begitu bagus. Tapi sebagai orang Islam, kita tidak boleh percaya kepada kepercayaan itu kerana ia akan jatuh khurafat.

Tapi, jika dikaji secara kasar, pilihan raya kali ini memang tough dan getir. Sungguh pun begitu, jika Allah mengizinkan, BN masih boleh menang. Namun, jika mahukan majoriti kerusi 2/3 seperti yang saya sebut minggu lalu mereka harus bekerja keras dan semua pemain harus ikhlas, jujur, bertanggungjawab dan setia.

Pembangkang selepas Kotor 3.0 pada 28 April lalu sebenarnya telah kalah. Mereka kini terpaksa pulun untuk membuat damage control hasil tunjuk perasaan itu. Kotor 3.0 itu tidak bersih langsung, sehinggakan orang muak dan terlalu marah dengan pembangkang.

Kini semuanya terletak di tangan BN jika mereka mahu menang 2/3 dalam pilihan raya ini. Banyak adjustment perlu dilakukan dalam pemilihan calon-calon kali ini.

Mana-mana yang sudah merasakan terlalu lama, 4,5,6 penggal silalah berundur. Berilah peluang kepada muka-muka baru yang segar untuk menjadi calon. Jika pada pilihan raya dulu mereka sudah tewas, lupakanlah niat untuk bertanding lagi. Tak payahlah melobi lagi.

Saya mendapat tahu di Selangor banyak yang masih menaruh impian untuk bertanding semula, walaupun tewas dalam PRU-12 lalu. Begitu juga di Kedah, di Kelantan…

Marilah kita ambil contoh pemimpin ini. Idris Jusoh secara terbuka, berani serta ikhlas telah menyatakan tidak akan mempertahankan kerusinya bagi DUN Jertih dalam Parlimen Besut. Tidak ramai pemimpin yang berjiwa seperti beliau.

Itulah yang sepatutnya disebut oleh mana-mana penyandang atau pelobi calon dan bukannya meletakkan tekanan kepada PM dengan mengatakan yang nasib mereka diserahkan kepada Najib dan beliau yang harus membuat keputusan.

Jika semua penyandang secara sukarela membuat kenyataan seperti Idris atau juga seperti Nazri Tan Sri Aziz maka senanglah Najib membuat percaturan bagi kerusi-kerusi pilihan raya kali ini.

Seperti yang ramai ramalkan, pengundi kali ini mahukan perubahan wajah dalam calon-calon BN jika mereka mahu menang besar.

Namun itu bukan bermakna semuanya kena tukar. Jika calon itu terlalu diminati oleh rakyat kawasan itu, kekalkanlah beliau.

Tun Mahathir Mohamad pernah memegang Kubang Pasu lebih daripada 20 tahun. Beliau bertahan atas faktor-faktor yang amat khusus. Orang Kubang Pasu amat menyukai beliau, sehinggalah sekarang!

Kubang Pasu amat sinonim dengan beliau. Tetapi Tun tidaklah sehingga menongkat langit, beliau turun secara sukarela.

Begitu juga dalam beberapa kes lain. Kecualilah jika calon-calon itu terlalu popular atau bertaraf PM, TPM dan sesetengah menteri maka kekalkanlah beliau.

Jika tidak, waima berjawatan menteri sekali pun silalah berundur, jika cakap-cakap merasakan mereka sudah tidak dikehendaki lagi.

Memetik kata-kata PM dalam temu bual beliau dengan DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui dalam program Street VIP stesen radio 988FM, 22 Mac lalu, Najib berkata, beliau perlu mengikut kehendak rakyat dalam memilih calon pilihan raya.

“Saya seorang pemimpin, adalah wajar saya mendengar apa yang rakyat mahu. Maka saya akan membuat keputusan sama ada tempoh bagi seseorang itu sudah sampai dan tidak lagi harus bertanding."

Sebagai contoh, katanya, jika orang ramai di sesuatu kawasan itu mendapati wakil rakyat mereka gagal menjalankan tugas dengan baik dan mereka tidak lagi mahu orang ini mewakili mereka, maka beliau akan membuat keputusan.

Untuk pilihan raya kali ini sekurang-kurangnya 1/3 atau lebih daripada calon-calon BN haruslah daripada muka baru.

Apa kata jika bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsuddin Osman diletakkan sebagai calon bagi Parlimen Putrajaya kali ini? Apa kata jika diletak bekas Datuk Bandar Shah Alam bertanding di Parlimen Shah Alam, misalnya? Apa kata bekas SS (Setiausaha Kerajaan) Kedah diletakkan sebagai calon di Alor Setar?

Maaflah jika teori ini mencuit perasaan orang politik. Tapi apabila mengambil kira situasi dalam perang, semua perkara biasa boleh menjadi luar biasa atau sebaliknya. Kita tolak strategi Blue Ocean dan bertukar kepada White Ocean pula, iaitu pulang ke fitrah semula jadi dan tinggalkan ketamakan duniawi dan pentingkan diri sendiri.

Ketua-ketua Bahagian yang tidak terpilih atau ditukar kerusi haruslah akur. Bantulah calon yang dipilih sepenuh hati. Janganlah disabotaj. Janganlah dipulau. Memanglah ditelan pahit, tapi penawar untuk parti dan negara.

Sokonglah calon yang dipilih itu walau batu sekali pun, kata seorang bekas pemimpin UMNO dalam satu majlis Mubarak di Alor Setar baru-baru ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.