saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 09/05/2012

Masalah kewangan punca utama

KUALA LUMPUR 8 Mei - Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi wanita.

Jelasnya, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki telah menurun daripada 28.6 peratus pada 2000 kepada 28 peratus (2010).

"Selain itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

"Daripada jumlah itu, 56.6 peratus daripada mereka ialah lelaki dan 44.4 peratus wanita," katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta kementerian tersebut menyatakan jumlah wanita dan lelaki di negara ini yang belum berkahwin serta adakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat temu jodoh bagi membantu golongan tersebut.

Seai Kie memberitahu, hasil kajian yang sama juga mendapati faktor-faktor utama lelaki tidak berkahwin adalah masalah kewangan (44.7 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus), kemajuan kerjaya (12.8 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Katanya, bagi golongan wanita, punca utama adalah tiada calon sesuai (40 peratus), masalah kewangan (14 peratus), kemajuan kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Jelasnya, buat masa ini, kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh secara online.

"Ini kerana perkhidmatan tersebut telah disediakan oleh pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.