saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 12/05/2012

Himpunan belia sasar 100,000 penyertaan

JOHOR BAHRU 11 Mei - Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 yang akan diadakan pada 17 hingga 20 Mei ini menyasarkan penyertaan 100,000 belia dari seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, program tersebut anjuran kerajaan negeri bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia Johor serta Majlis Belia negeri.

Beliau berkata, program yang diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 itu diadakan di beberapa lokasi termasuk Plaza Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia dan Sukan negeri serta Johor Premium Outlet di Kulaijaya.

"Penganjuran program itu sebagai menyahut seruan kerajaan dalam memberi laluan dan ruang kepada golongan belia untuk bersama-sama kepimpinan negara dan mengetahui perkembangan dan pembangunan yang berlaku di negeri ini.

"Selain itu, program tersebut juga bertujuan mempromosikan Iskandar Malaysia sebagai destinasi menarik untuk golongan belia melabur, mendiami, bekerja dan beriadah," katanya selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran program berkenaan di sini semalam.

Md. Jais berkata, sebanyak 75 aktiviti daripada 13 segmen dirancang sepanjang berlangsungnya program itu termasuk Karnival Belia Islam Malaysia, Kem Sukarelawan, Program Tanam Pokok, Karnival Jom Centre, sukan permotoran dan pertandingan catur.

"Kami turut merancang mencipta dua rekod dalam Malaysia Book of Records (MBoR) iaitu persembahan J.Robikton tanpa henti selama 26 jam yang dikendalikan Persatuan J.Robik negeri dan mengumpul 30,000 buku yang dikendalikan Persatuan Srikandi Johor," katanya.

Menurutnya, majlis pelancaran Himpunan Belia Iskandar Malaysia 2012 dijadualkan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Plaza Angsana pada 20 Mei ini.

"Pada majlis berkenaan, Anugerah Pemimpin Belia atau Ikon Belia akan diberikan sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian golongan belia dalam pelbagai bidang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.