saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/05/2012

Polis akan panggil Irene

KUALA LUMPUR 18 Mei - Polis akan memanggil Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang mendakwa pekerja warga Indonesia dan Bangladesh dilayan buruk di Malaysia kepada media asing baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kenyataan yang dibuat oleh Irene, sebaik sahaja menerima laporan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin.

Beliau berkata, semua kenyataan yang disiarkan oleh media asing itu akan diteliti bagi mengenal pasti jika ia menyalahi undang-undang negara ini.

"Apa bentuk dakwaan terhadap beliau belum dapat dipastikan kerana kita kena lihat dulu hasil siasatan termasuk di bawah Akta Hasutan," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Travers di sini hari ini.

Tindakan Irene mengeluarkan kenyataan terbaru kepada media pada Ahad lalu, mendakwa rakyat Bangladesh dilayan buruk di negara ini termasuk sering dipukul oleh anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendapat kritikan daripada tiga NGO.

Kelmarin, tiga NGO tersebut iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma) serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wangsa Maju yang bimbang tuduhan dibuat Irene boleh menjejaskan nama baik dan ekonomi negara tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Turut membuat laporan ialah Pengarah Rela Parlimen Selayang, Leftenan Kolonel Kehormat, Mohd. Sani Mohd. Zain serta IRIMM Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Chin Wah berkata, setakat ini, belum ada mana-mana pihak dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Kita bagaimanapun akan memanggil Irene untuk memberi keterangan apabila sudah tiba masa yang sesuai nanti," ujarnya.

Sebelum ini, Irene dalam wawancara berbentuk soal jawab yang disiarkan akhbar Jakarta Post, mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah.

Pada Ahad lalu pula, beliau sekali lagi memburukkan nama baik Malaysia apabila membuat tuduhan kononnya rakyat Bangladesh di negara ini, turut mengalami nasib sama seperti pekerja migran Indonesia dalam wawancara dengan portal propembangkang, The Malaysian Insider.

Kenyataan beliau yang disiarkan dalam portal berita tersebut segera menarik perhatian media asing apabila ia dipetik dan disiarkan semula dalam portal berita The Daily Star/AsiaNewsNetwork (ANN) di Dhaka, Bangladesh.

Dalam perkembangan lain, Chin Wah mengesahkan menerima laporan daripada Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga yang mendakwa pejabatnya di Pusat Bandar Damansara, Jalan Dungun, Damansara Heights di sini, cuba dipecah masuk malam tadi.

"Laporan tersebut dibuat oleh pengawal peribadi Ambiga di Balai Polis Travers kira-kira pukul 11 pagi ini dan kita telah menghantar pegawai forensik untuk melihat kesan cap jari dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.