saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 20/05/2012

82.2 peratus graduan PSIS dapat pekerjaan

ROZALI Ismail menyampaikan anugerah Tan Sri Datuk Dr. Rozali Ismail kepada pelajar cemerlang, Mohammad Adib Ismail (tiga dari kiri) sambil disaksikan ibunya, Rokiah Midon serta bapanya, Ismail Sakrani (dua dari kanan), Sulong Yahaya (kiri) dan Tan Sui Chee (kanan) pada majlis konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Ke-7 di Sabak Bernam, Selangor, semalam. - MINGGUAN/MOHD SHAHARANI SAIBI

SABAK BERNAM 19 Mei - Kira-kira 82.2 peratus lepasan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi sesi Jun 2011 berjaya memperoleh pekerjaan sekali gus menunjukkan graduannya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

Pengarahnya, Sulong Yahaya berkata, ini menunjukkan pengiktirafan dan penerimaan pihak industri terhadap graduan politeknik itu semakin meningkat dari tahun ke tahun.

''Bagaimanapun kita berharap lebih ramai graduan akan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan boleh mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang lain.

''Selain itu, hubungan rapat dengan pihak industri banyak membantu kakitangan politeknik meningkatkan kemahiran dan pendedahan kepada teknologi semasa mengikut kehendak industri," katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-7 PSIS di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Penasihat PSIS, Tan Sri Dr. Rozali Ismail yang juga Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd. telah menyempurnakan penyampaian diploma dan sijil kepada para graduan.

Turut serta Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Tan Sui Chee.

Menurut Sulong, sehingga kini PSIS telah berjaya melahirkan seramai 7,143 graduan sejak penubuhannya pada 2003 dan pada konvokesyen kali ini, seramai 1,564 graduan dianugerahkan diploma dan sijil masing-masing.

''Pada masa ini, PSIS mempunyai seramai 4,449 pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, perdagangan, pelancongan dan perhotelan, teknologi dan maklumat (IT) dan komunikasi dengan keseluruhan kakitangan serta pensyarah seramai 408 orang.

''Kami amat bertuah kerana mempunyai kakitangan yang komited dan ini terbukti apabila PSIS berjaya mencatat kadar kelulusan sebanyak 99.7 peratus dalam peperiksaan pada sesi lepas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.