saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/05/2012

D.J Dave masih bertenaga

Tenaga dave kelihatan seperti dia masih berusia sekitar 40-an, bukan 65 tahun.

KAGUM melihat gerak tari Datuk D.J. Dave bersama para penari Farah Sulaiman sewaktu menjalani latihan tarian di Sri Hartamas, baru-baru ini.

Siapa sangka dalam usia 65 tahun, penyanyi itu mempunyai kudrat seperti orang muda dan tidak nampak tanda-tanda kepenatan di wajahnya.

Selain latihan menari, penyanyi itu juga telah menjalani latihan vokal sejak 7 Mei lalu bagi memastikan tiada masalah pada hari persembahan.

Semua itu dilakukan sebagai persiapan sebelum menjayakan konsert Journey Through Song - Ingin Bersua di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 1 - 3 Jun ini.

"Saya perlu membuat latihan dan persiapan lebih kerana ia merupakan konsert berskala besar yang bakal dijayakan selepas hampir 20 tahun tidak terbabit dalam produksi sebegitu.

"Saya mahu konsert ini meninggalkan kenangan paling indah kepada penonton dan sekali gus menjadi mercu tanda dalam perjalanan karier saya," katanya.

Menariknya, dulu setiap kali persembahan, Farah sering menjadi penari Dave dan kini anak-anak didik penari itu pula mengiringi persembahan penyanyi tersebut.

Konsert yang bakal menelan kos sekitar RM1 juta itu dianjur oleh syarikatnya, Shahdave Entertainment turut mendapat sokongan penaja seperti Celcom, Sogo, Hotel Concorde, AirAsia, Hard Rock Cafe dan Istana Budaya.

Dave yang terkenal dengan lagu-lagu irama Hindi sewaktu awal kemunculan iaitu sekitar 1970-an, berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik.

Pada konsert yang turut menampilkan Uji Rashid, Dayang Nurfaizah dan Marsha Londoh sebagai penyanyi jemputan, Dave akan membawa kereta ke atas pentas.

"Kereta Alfa Romeo itu banyak berjasa kepada saya. Itulah kereta pertama yang saya beli dengan hasil pendapatan sebagai artis. Hampir 40 tahun kereta itu bersama saya," ceritanya yang menggunakan khidmat 17 penari.

Dave yang akan memakai pakaian fesyen 70-an, bell bottom untuk disesuaikan dengan tema lagu-lagu dendangannya bakal mempersembahkan 35 lagu dalam tempoh dua jam.

Ada antara baju yang akan dipakai itu sudah 35 tahun berada dalam simpanannya, seperti jaket yang tertera pada poster konsert tersebut.

"Ada kira-kira 20 hingga 30 pakaian lama yang boleh digunakan pada konsert itu yang akan saya pakai ketika menyampaikan hampir 20 lagu yang mewakili era lagu-lagu popular saya dari tahun 1970-an," katanya yang memulakan latihan sejak 7 Mei lalu.

Selain mendendangkan lagu-lagu nostalgia, dia juga akan mendendangkan lagu baru, Nyawaku ciptaan Datuk M. Nasir.

Pada malam itu juga, Dave juga akan berduet dengan Marsha lagu I Will Always Love You dalam dwi bahasa, Inggeris dan Hindi.

Sementara duet dengan Dayang pula lagu Segalanya yang pernah didendangkan bersama Liza Aziz dan Rintihan Rasa, lagu popularnya bersama Uji Rashid.

"Saya pilih Dayang kerana kagum dengan vokalnya dan saya yakin kami mampu memberikan persembahan berbeza. Sementara Marsha pula merupakan rakan duet saya untuk lagu I Will Always Love You untuk album single terbaru yang turut memuatkan lagu Nyawaku.

"Akan ada juga segmen persembahan saya dengan Man Kidal untuk lagu Biar. Ini sesuatu yang baru. Pemilihan Dayang dan Marsha adalah untuk menarik perhatian peminat muda," katanya yang bakal diiringi kira-kira 30 pemuzik orkestra di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Eddie Marzuki.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.