saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/05/2012

Berdebar perkahwinan dipercepatkan

Ahmad Abd. Hamid (kemeja batik) menyerahkan replika hadiah pemenang pertama Peraduan Gerbang Cinta Musim Ke-3 kepada Nor Syafiqah Shahirah Mohamed (depan dua dari kanan sambil disaksikan Aznan Bakar (depan tiga dari kiri) barisan penaja serta ibu bapa Nor Syafiqah, Nor Reha Rosman (kanan sekali) dan Mohamed Syed Alwee (depan tiga dari kanan).

Tarikh 10 Jun ini dipilih sebagai hari persandingan juara Peraduan Gerbang Cinta, Mega Utusan Malaysia Musim ke-3, Nor Syafiqah Shahirah Mohamed, 25, dan pasangannya, Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi, 27.

Majlis bakal diadakan di rumah ibu bapa Nur Syafiqah atau lebih mesra dengan panggilan Ika, di Parit Kemang, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Perkhabaran 'mengejutkan' bagi pemenang pakej perkahwinan bernilai RM100,000, sebuah kereta, wang tunai RM5,000 bersama barang kemas, barang, elektrik dan set sofa itu, diumumkan ketika rombongan Utusan Malaysia dan penaja-penaja berkunjung ke rumah ibu-bapa Ika baru-baru ini.

Walaupun keluarga bakal pengantin perempuan sebenarnya merancang untuk mengadakan kenduri kahwin pada bulan November, atas permuafakatan dan persetujuan semua pihak, akhirnya tarikh itu dipersetujui memandangkan para penaja hanya mempunyai masa terluang pada waktu tersebut.

Menurut Ika, keluarganya juga telah mengadakan pelbagai persiapan awal justeru tiada masalah besar untuk mempercepatkan tarikh kenduri kahwin.

Rombongan Utusan Malaysia yang diketuai oleh Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid turut disertai Pengarang Mega, Aznan Bakar, wakil penaja termasuk Mastar Muni dari Mastar Catering (penaja jamuan), Izuddin Karso (Precious Moments - pelamin ) Afidah Khamis (Afidah Khamis Makeup and Stuff - andaman) dan Adinorhisham Aziz (D'Sayang Entertainment - fotografi dan siar raya).

Manakala penaja lain dalam peraduan ini termasuk Kampung Pengantin (jamuan dan lokasi), Sri Sutera Travel (pakej percutian bulan madu), Suri Permai Spa (spa), CJ Print (kad jemputan kahwin) dan Dios Astana Bridal (busana pengantin)

Dalam kunjungan itu juga, pihak penaja telah berbincang panjang lebar dengan Ika dan keluarganya untuk merancang sebaik mungkin majlis raja sehari bagi kedua mempelai itu.

Awal-awal lagi Wak Mastar, 'membuka gelanggang' dengan memohon maaf kepada tukang masak di kampung tersebut dan meminta agar diberi laluan kepadanya untuk menyempurnakan jamuan makan dengan lancar, sambil memuji orang Batu Pahat yang terkenal handal memasak malah salah serang tok guru yang mengajarnya memasak adalah dari daerah ini.

Bagi Izzudin pula, beliau yakin dapat menyediakan pelamin dan dekorasi bertemakan ala garden seperti diimpikan Ika, manakala Adinorhisham menjanjikan foto yang diambil akan menjadi kenangan indah selamanya selain menyedari tradisi orang Johor yang suka berkaraoke.

Sementara itu, Ika mengakui sebaik dimaklumkan kemenangannya dalam peraduan Gerbang Cinta, orang pertama dimaklumkan tentang khabar gembira itu tentu tunangnya, Mohd. Firdaus.

"Saat diberitahu tentang kemenangan itu menerusi telefon, Firdaus menangis mungkin terlalu terharu dan terkejut. Saya juga turut menangis kerana syukur dan gembira," katanya.

Ika kini sedang meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam manakala pasangannya itu yang berasal dari Perlis kini bertugas sebagai jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pada itu, ibu Ika, yang merupakan anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Nor Reha Rosman, 49, berkata, beliau pada mulanya tidak mengetahui bibit-bibit cinta antara anaknya dan Mohd. Firdaus ketika keduanya belajar di UiTM.

"Sebagai polis, saya memang menekankan disiplin kepada anak-anak dan pernah berpesan supaya jangan main cinta masa belajar. Tetapi rupanya mereka sudah enam tahun berkawan dan baru tahun lepas saya tahu.

"Alhamdulillah Ika pandai jaga diri dan saya sangat menantikan perkahwinan Ika yang merupakan anak sulung kami sekali gus menerima menantu pertama," katanya membahasakan diri sebagai mama.

Katanya, lagi, dia tidak kisah Ika memilih orang jauh kerana dapat merapatkan tali silaturrahim antara dua negeri dan dapat melihat tempat orang.

"Disebabkan keluarga kami besar dan Ika pula anak sulung, saya berhasrat hendak menjemput mungkin seramai 1,800 jemputan," katanya.

Dalam pada itu sehari sebelum ke Batu Pahat, telah berlangsung kunjungan para penaja dan penganjur ke rumah Kapten Zazalina Ghazali, 26, di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Bersama tunangnya, Leftenan Mohd. Zaidi Mohd. Bishan, pasangan tersebut meraih tempat kedua yang menawarkan hadiah sebuah motosikal, pakej perkahwinan bernilai RM80,000, wang tunai RM3,000, set sofa, barang kemas, barang elektrik dan spa.

Kedatangan rombongan penaja disambut mesra oleh kedua ibu bapa Zazalina, Nooraini Aziz dan Ghazali Ahmad. Hadir sama ibu bapa Zaidi, Zaharah Ismail dan Mohd. Bishan Ahmad yang datang jauh dari Sungai Petani, Kedah, semata-mata untuk perbincangan itu.

Ketika ditanya kemenangan yang diraih, Zazalina mengakui agak terkejut memandangkan saingan daripada pasangan lain tidak kurang hebatnya.

"Alhamdulillah ini mungkin sudah rezeki kami. Apa pun ia pasti menjadi kenangan paling manis dalam hidup kami," katanya.

Begitu pun beliau berdebar dengan tarikh 23 Jun yang dipilih oleh pihak penaja untuk majlis perkahwinannya.

Mengikut rancangan awal mereka hanya akan berkahwin pada November ini dan dewan tempat majlis berlangsung juga sudah ditempah.

"Nampaknya segala rancangan terpaksa diubah dan dipercepatkan. Namun, kami tetap bersyukur kerana segalanya akan diuruskan oleh pihak penaja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.