saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/05/2012

TERKINI: Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark

KUALA LUMPUR 22 Mei - Malaysia ketinggalan 1-3 dengan Denmark selepas Datuk Lee Chong Wei menarik diri pada perseorangan pertama ketika menentang Pete Hoeg Gade pada perlawanan Kumpulan C, kejohanan Piala Thomas yang berlangsung di Wuhan, China hari ini.

Chong Wei terpaksa meninggalkan gelanggang ketika mendahului 2-1 pada set pertama akibat kecederaan pada pergelangan kaki ketika mengambil pukulan belakang Gade.

Harapan untuk beregu pertama negara mengutip mata penyamaan tidak kesampaian apabila pasangan Tan Boon Heong/Hoon How Thien tewas kepada Carsten Mogensen/Mathias Boe 17-21, 23-21, 11-21.

Bagaimanapun, Liew Daren mengembalikan harapan negara selepas menundukkan Jan O Jorgensen dengan straight set 21-15, 21-13 dalam acara perseorangan kedua.

Koo Kien Keat/Goh V Shem gagal menyaingi pasangan Jonas Rasmussen/Joachin Fischer Nielsen apabila tewas 21-18, 21-15 sekali gus menyukar harapan negara untuk ke separuh akhir.

Walaupun tidak memberi sebarang makna kepada skuad negara, Muhammad Hafiz Hashim tetap menunjukkan kesungguhan untuk menewaskan Hans-Kristian Vittinghus 17-21, 21-17, 21-19 pada perlawanan terakhir. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.