saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 24/05/2012

Terima terus insentif RM15,000

SEBAHAGIAN peneroka Felda menunjukkan replika cek yang disampaikan Mohd. Ali Rustam (tengah) pada Majlis Penyampaian Insentif Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad di Felda Tun Ghafar Kemendor, Melaka, kelmarin.

JASIN 23 Mei - Seramai 1,330 peneroka Felda di negeri ini menarik nafas lega apabila durian runtuh yang dijanjikan oleh kerajaan berjumlah RM19.95 juta kepada mereka kini telah berada di depan mata.

Tambah menggembirakan, setiap keluarga diberikan terus RM15,000 berbanding beberapa negeri lain yang penyampaian insentif itu dilakukan dalam tiga fasa iaitu RM5,000 bagi setiap fasa.

Durian runtuh itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada Majlis Penyampaian Insentif Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Felda Tun Ghafar Kemendor, di sini semalam.

Habuan berjumlah RM19.95 juta itu melibatkan 380 peneroka Felda Tun Ghafar Kemendor dan Air Kangkong, Felda Tun Ghafar Machap (120), Felda Tun Ghafar Menggong (97), Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh (448) dan Felda Tun Ghafar Hutan Percha (285).

Seorang penerima wang sagu hati itu, Yusuf Ali, 66, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang tidak pernah meminggirkan warga Felda sejak penubuhannya semasa negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Warga Felda tidak pernah terpinggir dari dahulu hingga kini dan saya percaya bahawa pemberian durian runtuh ini adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan kami sebagai peneroka yang bersabung nyawa untuk membuka tanah rancangan," katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Dia yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh menyeru kepada warga Felda untuk menzahirkan sokongan sebagai membalas jasa dan keprihatinan kerajaan dengan memastikan tonggak kepimpinan negara terus diterajui Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Aminah Yusop, 69, berkata, pemberian sumbangan itu membuktikan kerajaan tidak melupakan warga peneroka yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan dan pembangunan Felda.

"Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dengan sumbangan ini dapatlah membantu meringankan beban perbelanjaan seharian, selain disimpan bagi menghadapi waktu kecemasan," katanya.

Bagi peneroka generasi kedua, Omar Hamid, 59, dia begitu terharu kerana mengenangkan warga Felda, khususnya generasi pertama yang bersusah-payah membuka tanah rancangan dan hasilnya dinikmati sehingga kini oleh generasi peneroka berikutnya.

Bagaimanapun katanya, segala pengorbanan itu sekurang-kurangnya telah diringankan dengan bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan sejak dahulu lagi dalam pelbagai aspek, antaranya bantuan kewangan dan pendidikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.