saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/05/2012

Ini satu pengajaran - Adi Putra

Adi Putra

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Itulah situasi yang dialami oleh pelakon Adi Putra, 31, dan isteri, Zuhaida Yusof, 37.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera sedar ramai yang menganggap dia mempersenda hukum kerana menarik balik permohonan kes cerai selepas memfailkannya pada 11 Mei lalu.

Mana taknya, sebelum ini keluar cerita yang mendakwa Adi mendapat petunjuk sewaktu menunaikan umrah, seolah-olah rumah tangganya tidak dapat diteruskan lagi.

Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan yang hubungannya dengan Zuhaida atau Aida umpama telur di hujung tanduk. Namun tiba-tiba kata pelakon Tentang Dhia itu, dia tidak jadi bercerai pula.

Biarpun imejnya tercemar lantaran sikap ‘main tarik tali’ itu namun Adi tetap bersyukur kerana dia dan isteri masih dapat meneruskan kehidupan rumah tangga bersama.

“Saya tahu hal nikah dan cerai tidak boleh dibuat main-main. Dalam kes kami, saya bersyukur kerana membuat keputusan untuk menarik balik kes cerai terhadap isteri.

“Apa yang berlaku, adalah satu keajaiban. Dalam tempoh sembilan hari yang diberikan oleh mahkamah sebelum meneruskan kes merupakan tempoh yang menakjubkan.

“Tempoh sesingkat itu dapat mengungkai permasalahan yang kami hadapi sebelum ini," katanya terus terang.

Adi bersama isterinya mengadakan sidang akhbar khas pada malam Selasa lalu bagi menjelaskan spekulasi tentang status perkahwinan mereka di sebuah hotel di ibu negara.

Pada 11 Mei lalu, Adi memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur dan membuat keputusan menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.

Pun begitu, pelakon berasal dari Singapura itu mengakui tidak menyesal memfailkan penceraian tersebut yang dipersetujui bersama isterinya selepas mereka kembali daripada menunaikan umrah baru-baru ini.

“Dalam kes saya dengan isteri, kami sepakat pergi ke mahkamah, membuat permohonan cerai dan kemudian sepakat menarik balik kes tersebut.

“Apa yang kami lalui adalah di luar jangkaan kerana sebelum ini kami merasakan tidak ada persefahaman. Namun siapa sangka dalam tempoh sembilan hari, keajaiban datang dan kami sepakat untuk meneruskan kehidupan bersama," jelasnya.

Adi berkata, walaupun apa yang dilalui umpama lakonan sebuah drama tetapi itulah realiti yang perlu dilalui.

“Saya tidak kisah dengan kata-kata orang, sebab mulut manusia siapa boleh tutup. Lagipun ia tidak kena pada mereka. Apabila kes ini berlaku, barulah saya dan isteri mengenali siapa kawan dan lawan.

“Permasalahan ini juga turut memberi pengajaran kepada saya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama," tegasnya.

Sementara itu, Zuhaida yang sebelum itu pernah berkahwin dengan penyanyi Zul Handy Black berkata, kes tersebut telah membuatkan dia kini menjadi seorang yang lebih tabah.

Malah katanya, pengalaman pertama perceraian banyak mengajarnya untuk bersedia menerima segala keputusan dengan reda.

“Saya memang sudah bersedia menerima sebarang keputusan kerana ini bukan kali pertama saya lalui kejadian ini.

“Kalau dulu mungkin saya sedikit lemah tapi sekarang ini saya lebih bersedia. Apa pun saya bersyukur kerana jodoh kami panjang," katanya yang bernikah dengan Adi pada 14 April 2006.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.