saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/05/2012

Halalkan yang haram 'kafir'

KUALA LUMPUR 25 Mei - Umat Islam diingatkan supaya jangan sesekali bertindak menghalalkan perkara yang telah digariskan sebagai haram mengikut syariat Islam seperti perjuangan yang dilakukan Irshad Manji yang mempertahankan gaya hidup seorang lesbian.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sekiranya terdapat umat Islam yang menghalalkan sesuatu yang haram, mereka boleh tergolong sebagai kafir dan perkara itu seharusnya dijauhi.

Katanya, dalam al-Quran terdapat banyak sirah lampau berkenaan umat-umat terdahulu yang ditimpa azab Allah berikutan membudayakan perkara yang dimurkai.

"Justeru, lihat dan baca apakah yang terjadi kepada mereka akibat ingkar pada ajaran Allah. Mereka menerima bala yang amat dahsyat sehingga lenyap ditelan 'balasan' yang diturunkan seperti yang terjadi kepada umat Nabi Luth.

"Jadi janganlah sampai kita menerima nasib yang sama dengan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut yang mengingatkan umat Islam mengenai perjuangan Irshad Manji adalah haram kerana bertentangan dengan akidah Islam.

Tambahnya, nikmat yang telah diberikan Allah kepada manusia jauh lebih tinggi berbanding makhluk ciptaan lain seperti diangkat darjat dan dimuliakan sehingga diberi penghormatan untuk menjadi khalifah di muka bumi.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talip berkata, ulama dan pihak berkuasa agama perlu memainkan peranan yang lebih tegas bagi menangani isu yang berkaitan akidah ummah seperti gejala di luar tabii itu.

"Perkara itu jika berlaku di Arab Saudi, sudah pasti mereka yang terlibat akan ditahan di penjara pulau dan hanya dibebaskan sekiranya sudah benar-benar bertaubat bagi memastikan akidah umat terjaga," tegasnya.

Justeru ujarnya, kebebasan yang cuba dibawa oleh pihak seperti Irshad Manji adalah kebebasan menuju ke neraka kerana ia jelas bertentangan dengan hukum Allah.

"Biar apa pun perjuangan yang berlandaskan kebebasan, ia haruslah tidak membelakangkan syariat Islam," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.