saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 28/05/2012

Kerjasama Phison-NCIA tarik pelaburan RM60 juta

noharuddin Nordin (lima dari kiri) bergambar bersama wakil-wakil pelajar daripada institusi pengajian tinggi pada majlis pengumuman pertandingan rekabentuk kreatif serta bengkel inovasi dengan kerjasama di antara Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA), Phison dan Institusi Pengajian Tinggi di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Bernama

KUALA LUMPUR 27 Mei — Kerjasama Phison Electronics Corp. dan Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk mewujudkan unit operasinya di Pulau Pinang, dijangka membawa masuk pelaburan antara RM30 juta hingga RM60 juta dari segi penyertaan sektor swasta dalam tempoh lima tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, Phison ialah peneraju pasaran dalam 'flash memory' USB, yang mana pemprosesan pemasangan syarikat untuk produk siap disumberkan keluar kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

Beliau berkata, sebahagian daripada jumlah itu akan digunakan untuk kerja-kerja pembangunan teknologi pemacu 'flash' di Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

"Phison, dengan kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan NCIA akan melatih dan memajukan bakat kejuruteraan Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan bengkel Persaingan & Inovasi Reka Bentuk Kreatif, di sini baru-baru ini.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Noharuddin Nordin dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Phison, Pua Khein-Seng.

Syarikat yang berpangkalan di Taiwan yang berpengkhususan dalam reka bentuk litar bersepadu bagi kegunaan data peranti penstoran itu telah membuat pengumuman awal tahun ini untuk mewujudkan unit operasinya dalam lingkungan Pusat Pembangunan Teknologi NCIA di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Redza Rafiq berkata, NCIA akan turut membantu Phison bekerjasama dengan rantaian bekalan tempatan dalam usaha mengembangkan ekosistem tempatan.

"Ini dilakukan seiring dengan hasrat kerajaan memacu inovasi dan yang pastinya, kami akan menawarkan bantuan kami," kata beliau.

Bagaimanapun, Khein-Seng berkata, unit Phison di Pulau Pinang dijangka memulakan operasi menjelang pertengahan Jun dan kumpulan pertama pengambilan dijangka mengambil 50 jurutera tempatan dalam tempoh enam bulan ini.

"Kami akan mengendalikan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan selain daripada melatih jurutera tempatan yang baru diambil serta membawa balik kepakaran tertentu dari syarikat induk. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.