saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 31/05/2012

Bekas MB Perak digesa mohon ampun kepada Sultan

JOHOR BAHRU 30 Mei - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menggesa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon ampun kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ekoran kenyataan biadab dikeluarkan bekas Menteri Besar Perak itu baru-baru ini.

Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, sebagai seorang Melayu dan beragama Islam, Mohammad Nizar tidak sepatutnya membuat kenyataan yang boleh menyinggung bukan sahaja perasaan keluarga diraja, malah tempiasnya turut dirasai rakyat negeri ini yang kasih kepada sultan.

Menurutnya, keceluparan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu yang tidak pernah serik dan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan melampau perlu dipandang serius oleh kerajaan sekali gus PPPMM mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain.

"Kita tahu sebagai pembangkang, sudah pasti ada sahaja kenyataan yang ingin dikeluarkan, namun dalam politik ini perlu ada batasnya. Malah, sebagai seorang Melayu dan Islam di negara ini adalah tidak wajar mengeluarkan kenyataan biadap terhadap sultan.

"Justeru, PPPMM menggesa Mohammad Nizar mohon menghadap kepada Sultan Ibrahim dan memohon ampun kepada baginda atas keceluparan dan perbuatan melampau itu kerana orang Melayu di sini penuh dengan adab dan sopan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak menerusi laman sosial Twitter kelmarin mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Ibrahim sekali gus menggambarkan seolah-olah baginda membeli nombor tersebut menggunakan wang rakyat.

Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui akaun Twitternya @HRHJohor2 menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil satu sen pun duit daripada kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

A. Rahman berkata, penjelasan yang dibuat oleh Tunku Ismail itu jelas menunjukkan ketelusan keluarga diraja Johor berhubung isu tersebut dan langkah itu juga diharap mampu memberi gambaran sebenar dan bukan seperti yang sengaja dipolitikkan sesetengah pihak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.