saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 01/06/2012

Hotel Persatuan Nelayan Pulau Pinang siap 2014

PULAU PINANG 31 Mei - Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) bakal memiliki sebuah hotel sendiri sebagai pelaburan terbarunya.

Pengurus Besarnya, Aziz Sabdin berkata, persatuan itu kini dalam perancangan untuk membina hotel 29 bilik bertaraf lima bintang sebagai mempelopori bidang perniagaan baru.

"Lokasinya di bangunan Restoran Pen Mutiara di Batu Maung iaitu di tingkat tiga dan empat.

"Kami berharap ia dapat meningkatkan aktiviti pelancongan kawasan sekitar dan memberi pulangan kepada persatuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan persatuan itu kali ke-27 di sini semalam.

Menurutnya, projek yang menelan kos RM3.5 juta itu dijangka bermula dalam tempoh terdekat dan siap sepenuhnya menjelang 2014.

"Kawasan Batu Maung menjadi sangat strategik selepas pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang tidak jauh dari sini bermula.

"Selain itu, pembinaan kondominium mewah, banglo dan sebuah pusat membeli belah berhampiran dengan lokasi Restoran Pen Mutiara juga akan meningkatkan lagi pendapatan perniagaan kami," katanya.

Katanya, ketika ini Restoran Pen Mutiara menyediakan pelbagai pakej menarik seperti kenduri kahwin, majlis syarikat korporat di samping perniagaan makanan.

"Ketika ini, dewan bankuet restoran boleh memuatkan sehingga 800 orang pada satu-satu masa dan bila hotel siap nanti, ia akan jadi lengkap," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.