saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/06/2012

Mohd. Khalil angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Melaka penggal ketiga

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd. Khalil Yaakob di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

MELAKA 1 Jun - Selepas dikurnia Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Tun Mohd. Khalil Yaakob mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga hari ini.

Istiadat tersebut bermula kira-kira pukul 4.30 petang apabila Mohd. Khalil melafazkan surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Sejurus selepas itu, Mohd. Khalil, 75, menandatangani surat perisytiharan pelantikan tersebut sambil disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas.

Istiadat tersebut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan.

Selepas menandatangani surat perisytiharan tersebut, Mohd. Khalil dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim berkenan menghadiri jamuan rakyat yang diadakan di pekarangan Dewan Seri Negeri.

Mohd. Khalil dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka yang keenam pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin.

Beliau dilahirkan pada 29 Disember 1937 di Kuantan dan mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Penglibatan beliau dalam bidang politik bermula seawal 1962 sebagai ahli UMNO dan karier politiknya meningkat setelah memenangi kerusi DUN Bukit Ibam pada tahun 1978.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan dalam Kabinet iaitu sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) dan Menteri Penerangan (1999-2004) setelah menyandang jawatan Menteri Besar Pahang kelapan selama 13 tahun bermula dari 1986 hingga 1999.

Terdahulu, Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, seluruh rakyat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Mohd. Khalil sebagai Yang Dipertua Negeri buat penggal ketiga.

''Saya mewakili pihak kerajaan dan seluruh rakyat negeri menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan untuk melantik semula Mohd. Khalil bagi penggal ketiga," ujarnya.

Beliau menegaskan, kerajaan dan rakyat berikrar akan menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Mohd. Khalil yang terbukti dalam tempoh dua penggal lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.