saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/06/2012

Pas patut hukum Mohammad Nizar

AHMAD Zahid Hamidi (tiga kiri) menerima replika cek daripada Puziah Abu Bakar (tiga kanan) sambil disaksikan R. Ganesan (dua kiri) dan para pegawai Affin Islamic Bank pada majlis penyerahan bantuan baik pulih rumah kepada 68 golongan asnaf di Kampung Parit 17 Darat, Bagan Datoh, Perak semalam.

BAGAN DATOH 1 Jun - Pas dicabar mengambil tindakan tegas ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap biadab dengan mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pembidaan nombor plat WWW 1.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas wajar mengenakan tindakan disiplin ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu kerana seolah-olah menuduh Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi.

Sambil mempersoalkan sikap kepimpinan Pas yang terus membisu dalam isu tersebut, Ahmad Zahid menegaskan, adalah amat memalukan jika parti itu gagal bertindak tegas seolah-olah bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu.

''Pas kena ingat, kalau parti lain boleh mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin celupar seperti Mohammad Nizar, maka Pas juga patut berbuat demikian.

''Jadi, amat memalukan jika Pas tidak mengambil tindakan, seolah- olah bersekongkol dan bersetuju dengan kenyataan Mohammad Nizar itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan wang bantuan baiki rumah Bank Affin Islamic kepada 68 golongan asnaf di Kampung Parit 17 Darat, di sini hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan; Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil dan Ketua Pengurusan Zakat dan Promosi bank tersebut, Puziah Abu Bakar.

Sementara itu, Mohamad Nizar telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila mengeluarkan komen menerusi akaun Twitter kononnya Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui akaun Twitternya @HRHJohor2 menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil satu sen pun duit daripada kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Ekoran itu, Polis Johor menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kenyataan Mohammad Nizar mengikut Akta Hasutan 1948 manakala pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu memohon ampun kepada Sultan Ibrahim.

Ahmad Zahid membidas kepimpinan Pas yang seolah-olah lari daripada isu tersebut sedangkan Mohammad Nizar sepatutnya diambil tindakan ekoran kenyataannya itu.

''Saya tidak tahu apa tindakan kerana dia (Mohammad Nizar) parti lain, tetapi paling baik jangan bertanding (dalam pilihan raya). Pas sendiri tahu, kalau dia ada jawatan, lebih banyak kerosakan yang akan dilakukannya," ujar beliau.

Beliau berkata, dalam konteks undang-undang negara, terdapat akta yang boleh digunakan ke atas mana-mana individu yang mempertikaikan hak peribadi sultan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.