saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 04/06/2012

Tukar siaran guna suara

Mitchell Wong menunjukkan rangkaian aksesori yang akan diperolehi oleh pelanggan dengan setiap pembelian Smart TV ES8000 Slim LED.

SELALUNYA anda bersendirian atau bersama keluarga dan rakan-rakan bersantai di ruang tamu menonton rancangan televisyen kegemaran sambil menikmati snek.

Keseronokan menonton itu kadangkala terganggu dengan iklan yang muncul tiba tiba dan terpaksa menukar siaran.

Jika dahulu anda perlu bangkit daripada tempat duduk, mencari tombol televisyen untuk menukar siaran yang kemudian dipermudahkan dengan adanya alat kawalan jauh.

Teknologi semakin memudahkan dan kini anda boleh berinteraksi dengan set televisyen di ruang tamu rumah.

Samsung Electronic (Samsung) kini menampilkan model Smart TV ES8000 Slim LED baru-baru ini yang mampu memberikan pengalaman unik selain aspek keselamatan data juga dipertingkatkan kepada pengguna.

Ia membuktikan komitmen syarikat elektronik itu untuk tidak ketinggalan memperkenalkan siri televisyen pintar (Smart TV) yang menggabungkan transformasi total bagi memudahkan penggunaan teknologi di samping memberi kelainan serta kepuasan kepada pengguna.

Menurut Penolong Pengurus Latihan Pemasaran Samsung Electronics (SME) Sdn Bhd, Mitchell Wong, model terbaru itu menawarkan pengguna dengan tiga elemen hebat iaitu interaksi, kandungan dan evolusi pintar.

“Pembangunan televisyen pintar terbaru yang diperkenalkan Samsung memberi fokus kepada tiga elemen utama dan ia dijamin memberi kepuasan kepada pengguna.

“Selain itu, ia turut menyediakan pelbagai pilihan aplikasi yang berkualiti tinggi bagi tujuan memberi hiburan terbaik kepada mereka," katanya pada sesi pengenalan produk tersebut di ibu negara baru-baru.

Smart TV ES8000 Slim LED diperincikan dengan elemen baru iaitu interaksi pintar, kandungan pintar dan evolusi pintar.

Bagi elemen interaksi pintar, pengguna boleh mengendalikan televisyen tersebut tanpa perlu menggunakan alat kawalan jauh.

Sebaliknya, pengguna boleh ‘mengarahkan’ televisyen itu hanya dengan menggunakan suara ataupun pergerakan tangan untuk menukar saluran, bertukar kepada aplikasi ataupun melayari Internet.

Ini kerana, ia dilengkapi dengan kamera terbina dalam dengan teknologi sensor dan pengecaman muka bagi memudahkan pengguna untuk log masuk kepada aplikasi Smart Hub yang menyimpan akaun peribadi tanpa perlu menaip data peribadi ataupun kata laluan.

Secara ringkasnya, model terbaru ini memberikan pengalaman baru dan kepuasan maksimum kepada pengguna mengenai cara untuk menggunakan televisyen pintar tersebut .

Bagi elemen kandungan pintar, ia diperincikan dengan pelbagai aplikasi mudah yang boleh dimanfaat oleh segenap lapisan umur.

Ia menampilkan beberapa aplikasi khusus untuk kanak-kanak iaitu slot pendidikan berbentuk hiburan.

Selain itu turut diperkenalkan ialah program kesihatan bagi pengguna yang ingin mengekalkan rutin senaman dan kesihatan serta kisah keluarga yang berfungsi sebagai medium menyimpan gambar atau video kenangan yang dimuat naik oleh ahli keluarga.

Menariknya tentang aplikasi kisah keluarha itu, kesemua data boleh dikongsi oleh ahli keluarga lain yang menggunakan televisyen pintar dengan hanya memasukkan kata laluan yang masukkan oleh pemegang akaun.

Ketiga-tiga aplikasi itu telah diprogramkan dalam Smart Hub yang menyediakan laluan akses utama kepada semua kandungan dan pelayaran Internet terus daripada televisyen sebagai aplikasi hiburan terbaik dan berkualiti.

Dengan adanya integrasi tersebut, ia mampu memperkayakan gaya hidup pengguna.

Bagi melengkapkan penggunaan teknologi terkini, model itu juga tersedia dengan kit evolusi pintar yang berfungsi sebagai penyimpan data yang boleh dikemas kini jika terdapat aplikasi terbaru yang dimuat naik ke dalam aplikasi sedia ada.

Oleh itu, pengguna tidak perlu menukar televisyen baru sebaliknya hanya perlu muat turun aplikasi terkini yang boleh terus disambungkan ke dalam aplikasi televisyen sedia ada.

Smart TV ES8000 Slim LED didatangkan dengan dua saiz iaitu 55 inci dan 46 inci dengan harga pasaran antara RM12,999 hingga RM19,999.

Dari sudut kejuruteraan, televisyen pintar itu dibina dengan bingkai panel lebih nipis untuk imej yang lebih jelas serta keluasan paparan selain kualiti tiga dimensi (3D) terbaik.

Bagi tujuan mempertingkatkan kecemerlangan imej 3D, ia turut disempurnakan dengan teknologi transisi bingkai berkembar serta cermin mata 3D untuk kepuasan tontonan maksimum.

Setiap pembelian model berkenaan dilengkapi dengan sepasang cermin mata mata 3D jenis bateri SSG-4100GB bagi memudahkan pengguna merasai pengalaman menonton dalam paparan 3D.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk mendapatkan cermin mata 3D jenis cas SSG-35000CR dan papan kekunci tanpa wayar VG-KBD1000 bagi melancarkan penggunaan teknologi yang ditawarkan model berkenaan. Maklumat lanjut mengenai Smart TV ES8000 Slim LED boleh diperoleh daripada laman web www.samsung.com/my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.