saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/06/2012

Barisan Nasional tak bimbang

MUHYIDDIN Yassin (kiri) mengangkat tangan bersama para pemimpin Barisan Nasional pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Wilayah Persekutuan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 3 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) tidak bimbang dengan program 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' anjuran Pas yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, kelmarin.

Menurut Timbalan Pengerusi BN, ini kerana Pas memilih mengadakan program itu di Kedah kerana sedar sokongan rakyat terhadap mereka khususnya di negeri tersebut semakin merosot.

"Ia cubaan meraih kembali sokongan rakyat Kedah yang dilihat semakin meninggalkan parti pembangkang itu. Kita tidak bimbang sebab ia diadakan di Kedah, Pas tahu sokongan mereka di Kedah makin merosot.

"Rakyat Kedah rasa tak selesa dengan mereka. Sebab itu Pas buat di sana untuk tunjuk kegagahan. Sebenarnya, ramai dah tinggalkan Pas. Orang Kedah sudah faham pentadbiran Pas yang tak serasi di sana," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Wilayah Persekutuan di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, senario politik di Kedah kini mengalami perubahan besar sekali gus menambah keyakinan BN untuk menawan kembali negeri tersebut.

"Atas sebab itu Pas buat Himpunan Hijau di sana. Kita tahu kedudukan kita di Kedah jauh lebih baik," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyelar tindakan DAP melarang media tertentu membuat liputan terhadap parti itu khususnya melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Mereka larang Utusan Malaysia. Kita tak pernah larang mana-mana media kerana kita tahu adalah hak media untuk membuat liputan," katanya.

Menyentuh mengenai kesilapan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tersasul menyebut perhimpunan tersebut adalah tanda kejatuhan Pas di semua peringkat, Muhyiddin berkata, ia adalah petunjuk Allah SWT.

"Itulah kalau Tuhan nak tunjukkan hatinya. Kalau hatinya kotor, Tuhan tunjuk dengan moralnya, dengan perbuatannya," katanya.

Tentang tindakan pembangkang yang mahu meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menguasai pilihan raya umum akan datang pula, beliau mengingatkan rakyat tidak memilih pemimpin yang 'terpalit' dengan masalah-masalah peribadi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.