saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 04/06/2012

Nizar Jamaluddin seperti 'paku dulang paku serpih'...

KATA orang, kalau hendak seribu daya kalau kaau tak hendak sanggup cipta berjuta-juta dalih. Dalam isu nombor plat kereta WWW 1 yang bidaannya dimenangi oleh Sultan Johor tidak perlu perkara ini diungkitkan oleh mana-mana pihak. Jika itu kemahuan baginda dan berada dalam kemampuannya, kita perlu redha sebagai orang Islam.

Namun apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin mencari publisiti murahan dengan mengaitkan jumlah RM520,000.00 hasil bidaan yang dibayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) patut digunakan untuk orang miskin sebaik-baiknya, beliau mencerminkan diri sendiri.

Semasa beliau menjadi Menteri Besar Perak, selepas dilantik kerana beliau orang Melayu mengikut syarat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak antara perkara pertama yang beliau lakukan adalah menukar kereta Proton Perdana yang diguna Menteri Besar dan exco kepada Toyota Camry. Kalau sudah tukar sudah pasti nombor plat kereta pun turut sama menjadi pilihan istimewa.

Lupakah beliau tentang 16 buah Toyota Camry yang dibelinya menggunakan duit rakyat? Tidak sampai setahun, kereta-kereta itu telah dijual kembali dengan harga kereta terpakai yang jauh lebih rendah.

Masih ingat lagi kereta Kerajaan Negeri Perak yang mempunyai nombor plat AGS 10 (milik beliau), AFD 11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606.

Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Di Perak, adakah negeri yang didiami oleh orang kaya dan berpoket tebal sehingga semua orang mampu memakai kereta dengan nombor plat khas.

Semua orang Malaysia tahu jika kita hendak membeli nombor plat khas, kita perlu membida mahupun membayar untuk tujuan tersebut.

Rakyat Perak semasa pentadbirannya amat menyesal kerana memberi ruang kepada Pas, Dap dan PKR memerintah walaupun sehari. Orang Melayu dianaktirikan semasa Mohamad Nizar mentadbir kerana tergamak beliau menyerahkan hak milik tanah kepada beratus-ratus bukan bumiputera hingga 999 tahun.

Orang Melayu kebanyakannya bukan orang kaya, adakah beliau memberi tempoh hak selama itu untuk memiliki tanah. Orang Melayu di negeri Perak menyesal mengundi parti Pas dan pakatan pembangkang yang lebih mementingkan desakan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP semasa Mohamad Nizar menjadi Menteri Besar.

Seluruh rakyat Perak perlu membuka mata mereka, adakah mereka mahu memilih pemimpin yang bukan sahaja menderhaka kepada Sultan Perak semasa isu peralihan kuasa daripada kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR kepada Barisan Nasional (BN) malah kini dilihat menyerang peribadi Sultan Johor dalam isu nombor plat.

Sepatutnya satu tindakan drastik diambil terhadap beliau untuk dibicara seadil-adilnya di mahkamah. Kita tidak mahu pemimpin yang dianggap mempunyai sejarah menentang institusi raja terus berada di persada politik yang mampu menggugat sistem demokrasi.

Tuduhan beliau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan masuk campur jika BN kalah kepada pembangkang perlu menjadi tanda ingatan kepada keluarga angkatan tentera di negara ini. Inilah pemimpin yang memandang orang lain dengan pandangan makrifat negatif. Seperti pemimpin Pas memandang pemimpin UMNO.

Cukup-cukuplah melukakan hati orang jika pernah disakiti. Twitterlah dengan suci hati antaranya seperti Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan yang hebat dalam twit mereka kerana fokus dan menyertakan fakta dan statistik untuk menguatkan hujah mereka.

Kepada semua pemilik akaun Twitter gunalah media baru dengan bijak kerana sekali kita bertindak kurang bijak maka bersedialah untuk dikritik secara terbuka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.