saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 04/06/2012

Fenomena lapan tahun kembali

PADA Rabu ini, rakyat Malaysia bakal menyaksikan satu lagi fenomena yang jarang berlaku iaitu transit Zuhrah.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004 yang mana planet Zuhrah telah melintasi di hadapan permukaan matahari jika dilihat dari Bumi.

Fenomena transit itu merujuk kepada objek yang lebih dekat kelihatan lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih jauh dan ia hanya akan berlaku apabila tiga objek berada sejajar atas garisan lurus.

Transit ini melibatkan laluan planet inferior (planet Utarid atau Planet Zuhrah) melintasi cakera matahari atau laluan satelit planet atau bayangnya melintasi permukaan planet

Namun bagi transit Zuhrah pula, ia merujuk kepada planet tersebut melintas di antara matahari dan bumi dan dapat disaksikan pada permukaan matahari.

Semasa transit, Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi di hadapan permukaan matahari jika dilihat menerusi penurasnya.

Fenomena ini juga dapat dilihat apabila planet itu melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi matahari.

Namun ia tidak akan berlaku kerana satah (permukaan) orbit Zuhrah dan Bumi tidak sama, iaitu satah orbit Zuhrah condong sebanyak tiga darjah daripada satah orbit bumi.

Transit Zuhrah berlaku apabila matahari, Zuhrah dan bumi berada sejajar di atas satu titik persilangan di antara dua satah orbit bumi dan Zuhrah.

Oleh yang demikian, ia akan berlaku secara ulangan selang 8, 105.5, 8 dan 121.5 tahun.

Pada 6 Jun nanti, transit Zuhrah akan dapat dilihat dari semua tempat di Malaysia bermula matahari terbit sehingga transit berakhir pada pukul 12.49 tengah hari.

Sentuhan pertama dijangka bermula pada pukul 6.09 pagi dan akan berada di fasa maksimum pada pukul 9.29 pagi.

Penduduk di Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa transit Zuhrah ini kerana telah terbit sebelum transit bermula manakala penduduk di Semenanjung dan Sarawak pula hanya dapat menyaksikannya apabila matahari terbit.

Menurut Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara, Lau Chen Chen, orang ramai adalah dilarang sama sekali melihat matahari secara terus tanpa penuras yang selama kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada mata dan boleh juga menyebabkan buta.

Katanya, terdapat empat kaedah yang selamat untuk melihat transit ini iaitu dengan melihat menggunakan kaca mata gerhana dan menggunakan teleskop atau binokular yang direka khas untuk Matahari.

Mereka juga boleh menggunakan teleskop, kamera dan binokular yang dilengkapi dengan penuras suria yang selamat serta menggunakan kaedah pantulan terus melalui teleskop, binokular atau cermin.

''Imej yang diperoleh dari teleskop, binokular atau cermin dipancarkan ke dinding ataupun kertas kadbod dan kita hanya melihat imej yang terpancar sahaja,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.