saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/06/2012

Wajib dahulukan saudara sesama Islam - Harussani

KUALA LUMPUR 3 Jun - Umat Islam wajib mendahulukan saudara sesama Islam dalam sebarang perjuangan termasuk bermuzakarah walaupun berbeza pandangan politik kerana ia wajib di sisi agama.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap tindakan umat Islam juga perlu memikirkan kepentingan dan mendahulukan saudara Islam berbanding orang bukan Islam.

Tambah beliau, penganut agama lain tidak akan mengangkat martabat Islam melainkan umat Islam sendiri dan ia perlu dilakukan menerusi semangat perpaduan.

"Walaupun ada saudara Islam berbeza fahaman politik, namun agama dan akidah kita tetap satu dan tidak seharusnya berpisah.

"Bahkan bermuzakarah sesama Islam adalah wajib kerana ia jalan untuk bersatu dalam memartabatkan Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengasas Yayasan Kebajikan Nusantara, Sheikh Ismail Omar menerusi wawancara bersama Mingguan Malaysia yang menegaskan adalah wajib untuk umat Islam yang seagama, satu iman dan satu akidah bekerjasama termasuk dalam soal politik.

Sementara itu, penceramah bebas, Mohd. Farid Ravi Abdullah berkata, muzakarah sesama Islam adalah jalan terbaik dalam usaha meletakkan kepentingan agama Islam di hadapan.

Jelas beliau, muzakarah itu membolehkan umat Islam mencari titik pertemuan dan jalan penyelesaian terhadap sebarang masalah dalam suasana harmoni.

"Oleh itu, umat Islam walaupun berbeza fahaman politik perlu mengutamakan saudara sesama Islam dalam soal mencari kedamaian termasuk dengan bermuzakarah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.