saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/06/2012

Dua pegawai polis Johor ambil keterangan Mohammad Nizar hari ini

IPOH 6 Jun - Dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Utara hari ini mengambil keterangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Ketua Siasatan Jenayah IPD berkenaan DSP Sanawi Muhamad yang mengetuai siasatan itu bersama DSP Sukiman Arshad tiba di Pejabat PAS negeri di sini, pada pukul 2 petang dan mengambil masa sejam untuk merakam keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang tersebut.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata beliau menjawab semua 28 soalan yang diaju pegawai berkenaan.

"Dia (polis) dah siasat, keterangan pun sudah diambil jadi saya serahkan kepada polis untuk siasat," katanya.

Pada Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata polis Johor telah menerima 39 laporan polis mengenai kenyataan Mohammad Nizar.

Mohammad Nizar sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dimenangi Sultan Johor dengan kos RM520,000.

Kes itu dilapor disiasat mengikut Akta Hasutan. -BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.