saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/06/2012

MyTeksi di Lembah Klang

KUALA LUMPUR 5 Jun - Perkhidmatan teksi di Lembah Klang kini dipertingkat menerusi MyTeksi, yang membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi telefon pintar.

Aplikasi yang dibangunkan oleh MyTeksi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Comfort Communication Sdn. Bhd. (Comfort Taxi) dan syarikat telekomunikasi Maxis itu menggunakan teknologi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang terdapat pada kebanyakan telefon pintar sekarang.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu di sini hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, MyTeksi membabitkan 20 syarikat teksi dengan hampir 8,000 pemandu.

"MyTeksi dilihat dapat memulihkan kembali industri itu yang dipandang negatif sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Comfort Communication, Datuk Aslah Abdullah yang turut hadir berkata, penggunaan MyTeksi akan memendekkan masa menunggu selain semua rekod perjalanan teksi akan disimpan.

"MyTeksi ini juga akan memudahkan pemandu teksi kerana pada masa ini mereka menggunakan sistem radio bagi mengambil penumpang," kata Aslah yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Pengurus Besar MyTeksi, Chew Wei Chuan berkata, aplikasi yang turut dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global (GPS) itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

"Penumpang hanya perlu memuat turun aplikasi secara percuma menerusi telefon pintar masing-masing dan memasukkan lokasi anda sekarang dan tempat yang ingin dituju.

"Dalam tempoh tiga minit atau kurang, anda akan diberitahu mengenai maklumat pemandu teksi yang akan memberi perkhidmatan kepada anda beserta anggaran tambang ke lokasi tujuan," katanya.

Sementara itu, pemandu teksi, Irwan Satti, 47, berkata, dengan adanya MyTeksi, mereka akan dapat meningkatkan pendapatan harian.

"MyTeksi ini dapat memendekkan perjalanan dan turut menjimatkan masa pemandu serta pengguna kerana sistem itu akan menghubungi pemandu yang terdekat dengan penumpang terbabit," katanya ketika ditemui.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.