saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 07/06/2012

Fitnah Syabas: Tony Pua diperintah bayar RM200,000

Tony Pua

KUALA LUMPUR 6 Jun - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini berjaya dalam saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, dua tahun lalu.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Tony memberitahu pemberita, Hakim Amelia turut memerintahkan supaya beliau yang dinamakan sebagai defendan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am.

Katanya, ia beserta dengan faedah sebanyak empat peratus kepada Syabas, manakala lain-lain kos akan ditentukan kemudian.

Selain itu, menurut Alliff, mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi terhadap Tony yang menghalangnya atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula atau membenarkan penerbitan semula pernyataan fitnah tersebut.

Mahkamah juga menolak tuntutan balas yang dikemukakan oleh Tony terhadap syarikat pembekal air itu yang diwakili peguam Gopal Sreevenasan.

Menurut alasan penghakiman yang diperoleh media selepas tamat prosiding, Hakim Amelia menyatakan, sebagai seorang wakil rakyat, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony akan membawa kesan kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, kata-kata yang hendak dikeluarkan perlu dibuat secara adil dan tidak mengetepikan sebarang fakta yang membolehkan sesuatu kenyataan itu menjadi fitnah.

Syabas selaku plaintif memfailkan saman terhadap Tony pada 28 Januari tahun lalu kerana mendakwa Setiausaha Publisiti DAP tersebut telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah yang disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina.

Plaintif mendakwa, kenyataan tersebut disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada 16 November 2010 di bawah artikel bertajuk Tony Pua: Kerajaan Negeri Perlu Kawal Hak Pengurusan Air Bagi Memastikan Tarif Air Tidak Mengalami Kenaikan.

Menurut Syabas, penerbitan tersebut telah memperkecil-kecilkan reputasi perniagaan dan menyebabkan cemuhan awam yang membawa kerugian serta kerosakan kepada perniagaan mereka.

Tony dalam pernyataan pembelaannya mendakwa, tuntutan tersebut tidak wajar serta tidak berasas selain remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Sementara itu, Syabas dalam kenyataan medianya yang difakskan kepada Utusan Malaysia menegaskan, semasa prosiding perbicaraan sebelum ini Tony bersetuju bahawa Syabas sememangnya telah menjadi satu bola sepak politik antara dua pakatan politik.

Syabas juga menegaskan, Tony telah bersetuju dengan cadangan peguam Syabas bahawa kenaikan kadar tarif air mungkin wajar di bawah Perjanjian Konsesi.

Tony juga semasa perbicaraan bersetuju, penukaran paip-paip yang mana sepatutnya dijalankan sejak tahun 2009, tidak harus dibuat kecuali kerja-kerja kritikal.

Dalam keterangannya di mahkamah, Tony juga menyatakan, Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail tidak menerima sebarang remunerasi kewangan sama sekali daripada Syabas kecuali satu pakej 'leave passage'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.