saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/06/2012

Nurul kini sah isteri Eric Daniel Depp

NURUL Huda Abdul Wahab bersama Eric Daniel Depp pada majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Noor Asrekuzairey Salim

KUALA LUMPUR 6 Jun - Penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 35, sah bergelar isteri kepada lelaki Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan hanya sekali lafaz akad nikah pada majlis yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang di sini hari ini.

Majlis pada pukul 12.20 tengah hari itu disempurnakan oleh Jurunikah Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Azizan Othman.

Pada majlis yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu, Nurul Huda yang mengenakan gaun rekaan Rizman Ruzaini menerima wang hantaran RM19,850 beserta mas kahwin bernilai RM80.

Nurul Huda yang berwalikan abangnya, Mohamad Rizal Abdul Wahab juga menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

“Saya berasa gembira dan bahagia kerana apa yang dirancang dan diingini kami berdua berjalan lancar. Ini semua berkat sokongan rakan-rakan yang bersedia menaja majlis itu.

“Jasa dan keikhlasan mereka untuk memeriahkan hari berbahagia saya ini tidak dapat dibalas dengan wang ringgit," katanya yang merupakan anak kelapan daripada 15 beradik.

Nurul yang juga ibu kepada Ayu Nazirah, 14, berkata, kehadiran Eric yang dikenali sejak September 2010 adalah satu anugerah yang tidak terduga.

Selain itu, Nurul yang tidak menduga bakal bertemu jodoh buat kali kedua berkata, hatinya terbuka untuk memulakan fasa baru kerana peribadi Eric yang suka berterus terang.

“Saya tidak sangka ada insan yang sudi menerima saya seadanya. Pertama kali bertemu dengan Eric, saya tidak berani untuk menaruh harapan kerana sebelum ini sering kecewa.

“Alhamdulillah, Allah telah memberikan saya seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan saya berdoa kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat," katanya.

Sementara itu majlis resepsi di sebelah pihak lelaki bakal diadakan di Bali, Indonesia pada 14 Jun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.