saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/06/2012

Fatah, Hamas setuju tubuh kerajaan baru

Perdana Menteri, Ismail Haniyeh (kanan) mengadakan perundingan dengan Hanna Nasir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Palestin dan anggota-anggota suruhanjaya itu di Gaza City pada 28 Mei lalu. - REUTERS

KAHERAH 7 Jun - Dua buah pertubuhan pejuang Palestin mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan baru dalam satu pertemuan di sini, langkah utama bagi mencapai keamanan dan mengadakan pilihan raya umum yang sudah lama tertangguh.

Fatah dan Hamas mencapai satu perjanjian damai pada tahun lepas tetapi gagal melaksanakannya.

Anggota delegasi Fatah, Sakher Beseiso berkata, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang memimpin pergerakan Fatah dan ketua Hamas, Khaled Mashaal akan bertemu di Kaherah pada 20 Jun ini untuk meluluskan Kabinet baru itu.

''Barisan Kabinet baru itu kemudian akan diumumkan di Ramallah, Tebing Barat,'' katanya.

Fatah yang menguasai Pihak Berkuasa Palestin mentadbir Tebing Barat manakala Hamas pula menguasai Genting Gaza.

Wakil daripada kedua-dua pihak bertemu di sini, semalam bagi membincangkan mengenai pelaksanaan rundingan damai berkenaan.

Perpecahan antara Fatah dan Hamas telah menyukarkan usaha perdamaian di Asia Barat.

Kedua-dua pergerakan tersebut berbeza pendapat bagaimana untuk menghadapi Israel di mana Fatah ingin mencapai perdamaian melalui rundingan, manakala Hamas tidak mengiktiraf rejim Zionis itu. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.