saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/06/2012

Letupan di sekolah agama, 12 pelajar melecur

BEIJING 7 Jun - Seramai 12 pelajar sebuah sekolah agama Islam di bandar Hotan, barat China, semalam melecur apabila pekerja sekolah terbabit bertindak memulakan kebakaran dengan meletupkan bahan letupan bagi menghalang serbuan polis.

Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima aduan daripada ibu bapa pelajar sekolah terbabit yang berang akibat tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anak mereka, selain dakwaan menubuhkan sekolah itu tanpa mendapatkan lesen.

Kejadian tersebut turut menyebabkan tiga anggota polis dan dua daripada tiga pekerja sekolah itu mengalami kecederaan.

Menurut Kongres Uyghur Sedunia, ketika kejadian, sekolah terbabit sedang mengadakan pembelajaran al-Quran dan pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata, menyebabkan berlaku pertempuran antara kedua-dua pihak.

Laman web berita Tianshan melaporkan, seramai 54 pelajar berusia antara enam dan 10 tahun berada di sekolah tersebut ketika polis melakukan serbuan.

Sekolah yang terletak di tingkat lima sebuah bangunan itu mengalami kerosakan teruk akibat letupan dan kebakaran yang dilakukan.

Kerajaan China hanya membenarkan pengeluaran lesen yang terhad untuk penubuhan sekolah-sekolah agama dan kebanyakannya melibatkan peringkat universiti.

Pada bulan lalu, mahkamah di Kashgar menjatuhi hukuman penjara antara enam dan 15 tahun ke atas sembilan lelaki yang didakwa terlibat dalam penubuhan sekolah agama haram.

China membenarkan penduduknya mengamalkan kebebasan beragama, namun hanya menerusi gereja dan masjid yang disokong atau mendapat kelulusan daripada kerajaan. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.