saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/06/2012

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman

KUALA LUMPUR 8 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menarik balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Universiti Selangor (Unisel).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penarikan balik itu berikutan rayuan dan penjelasan Unisel bahawa universiti berkenaan tidak berniat memberi pendidikan percuma kepada pelajar.

"Unisel juga mengakui PTPTN penting untuk pelajar, justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini, saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Mohamed Khaled mengesahkan PTPTN telah membekukan pinjaman membabitkan pelajar Unisel bertujuan memberi peluang kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.

Pembekuan pinjaman itu mula disedari pelajar Unisel berdasarkan semakan di ruangan forum laman rasmi PTPTN yang memaklumkan permohonan pinjaman mereka ditangguhkan buat sementara waktu.

Sementara itu, menurut Mohamed Khaled, berikutan penarikan balik pembekuan tersebut, pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel akan dilaksanakan seperti biasa tanpa syarat atau peraturan baru dikenakan.

Begitupun, tegas beliau, penarikan balik pembekuan itu tiada kaitan dengan kritikan yang dibuat pihak tertentu berikutan tindakan tersebut.

"Keputusan menarik balik pembekuan ini hanya setelah rayuan dibuat oleh Unisel di samping penjelasan yang telah diberikan universiti berkenaan berhubung pendidikan percuma," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.