saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 09/06/2012

Travelex jadikan Malaysia hab

KUALA LUMPUR 8 Jun - Travelex Group, syarikat tukaran asing global, kini menjadikan Malaysia habnya bagi Asia Tenggara (SEA) bagi menembusi pasaran tukaran asing (FX) rantau itu.

Pengerusi Travelex Group Ltd., Lloyd Dorfman berkata negara ini adalah habnya yang pertama di rantau Asia Tenggara kerana ia belum beroperasi di negara-negara jiran seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand.

“Bagi kami, ia merupakan langkah pertama yang penting dan kami melihat Malaysia, bukan sahaja untuk membangunkan persekitaran yang membolehkan kami berkembang ke negara lain di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Travelex Malaysia Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Travelex Malaysia Sdn. Bhd., satu usahasama antara Travelex dan Sri Inderajaya Holdings Sdn Bhd., akan menjadi entiti tempatan yang beroperasi mengendalikan perniagaan Malaysia.

Syarikat itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau pun syarikat itu beroperasi di negara-negara Asia yang lain seperti China, Jepun dan India, negara-negara itu mempunyai keperluan pasaran yang berbeza dan dikendalikan secara berbeza oleh kumpulan itu.

“Ini merupakan langkah penting dan strategik dan kami datang ke sini dahulu kerana ia mesra perniagaan, pasaran paling menerujakan dan kami mempunyai rakan terbaik," katanya.

Travelex Group mempunyai lebih 1,100 cawangan runcit Travelex dan 850 ATM FX khususnya di lapangan terbang dan lokasi pelancong di lebih 100 lapangan terbang di 25 negara.

Sementara itu, Pengurus Negara Travelex Malaysia Rakesh Aravind berkata, syarikat itu akan memberi fokus pada empat bidang perniagaan utama yang termasuk perniagaan borong wang kertas, yang kemungkinan menjadi bahagian utama perniagaannya.

Di Malaysia, katanya, pasaran perniagaan borong wang kertas, yang melibatkan penyumberan jumlah besar dana bagi diagihkan, kini berjumlah RM17 bilion.

“Ia berpotensi berkembang kepada RM20 bilion di dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, terutama sekali dengan kemasukan pemain baharu seperti kami," katanya sambil menyatakan perniagaan borong wang kertas di seluruh dunia yang dijana oleh Travelex Group ialah kira-kira AS$20 bilion (RM60 bilion).

Selain itu, syarikat itu membangunkan ikatan strategik dengan AmBank Group dan akan bergandingan dengan perniagaan perkhidmatan wang kecil-kecilan untuk menjadi agen mereka serta memperkenalkan cawangan rangkaian runcit berjenama Travelex Malaysia.

Syarikat itu, yang mempunyai pelaburan awal RM20 juta, merancang membuka 150 hingga 200 cawangan rangkaian runcit menjelang akhir tahun depan yang akan termasuk ikatan strategik dengan AmBank; ejen dan rangkaian masing-masing. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.