saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 09/06/2012

Tip ukiran buah dan sayur

UKIRAN artistik Chef Sukor Rahim dilakukan dengan penuh tumpuan dan kesabaran.

OLEH yang demikian, sentuhan hiasan seni ukiran buah-buahan dan sayur mendapat sambutan yang menggalakkan.

Rekaan berbentuk bunga, tulisan atapun objek tertentu yang diukir pada buah dan sayur membuatkan makanan kelihatan lebih menarik dipandang.

Jika dahulu, perhiasan hanya terhad kepada bunga kini ukiran atau lebih dikenali dengan nama carving menjadi amat popular.

Seni ini seolah-olah merentasi dunia dengan sendirinya apabila ia mudah di lihat dalam restoran eksklusif, dewan bankuet bertaraf hotel lima bintang, majlis perkahwinan dan juga dalam kelas-kelas masakan yang banyak menyediakan perkhidmatan mengajar cara-cara mengukir buah dan sayur.

Kebolehan mengukir diperlukan untuk menghasilkan sebuah ukiran kreatif maka minggu ini S3 membawa pembaca bertemu dengan Chef Sukor Rahim yang merupakan antara tokoh seni ukiran buah dan sayur terkenal.

Kerja seninya itu kini ditempah laris bak pisang goreng. Setiap hiasan yang dihasilkannya dibuat dengan penuh teliti.

Baginya kerja-kerja mengukir boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk yang diingini dan asasnya hanya bermatlamat untuk menarik perhatian ramai.

"Contohnya apabila kita melihat buah labu, pelbagai rekaan boleh dilakukan menggunakan buah ini.

"Gunakan imaginasi anda. Saya percaya semua individu memiliki daya kreatif dalam diri masing-masing," jelasnya.

Chef Sukor berkata, seni ini amat mudah dipelajari dan ukiran yang artistik memerlukan tumpuan dan kesabaran.

"Untuk menghasilkan sesuatu hiasan, kita hanya perlu mengukir sedikit demi sedikit di atas permukaan kulit buah dan sayur menggunakan pisau bersaiz kecil.

"Istimewanya seni ini mempunyai kehalusan yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila ia diletakkan di sebelah meja yang dihiasi dengan gubahan yang menarik tentunya menghasilkan suasana seronok untuk semua yang hadir," katanya.

Bagi mendapatkan tona warna yang lebih menarik, Chef Sukor berkata, pemilihan buah dan sayur yang berlainan warna akan menampilkan tona yang lebih menarik.

"Buah-buahan dan sayur-sayuran amat unik. Ia berwarna-warni dan mempunyai pelbagai bentuk.

"Gabungan warna buah dan sayur-sayuran yang berwarna-warni pastinya lebih menarik," katanya.

Menurutnya, antara buah dan sayur-sayuran yang boleh digunakan untuk kerja-kerja mengukir ialah seperti tembikai, tembikai susu, lobak putih dan merah, betik, epal, pear, nenas, pisang, mangga dan lain-lain.

"Buah dan sayur keras lebih mudah diukir dan buah yang lebih lembut memerlukan kebolehan tertentu dan latihan untuk memahirkan proses ukiran.

"Bagi memudahkan proses mengukir, peralatan yang digunakan perlu diasah tajam bagi mendapatkan permukaan yang lebih terperinci," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.