saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 10/06/2012

Sarang burung untuk awet muda

Sejak berkurun lamanya, sarang burung menjadi minuman tonik kesihatan dan kecantikan. Ia juga dikatakan dapat mengembalikan keremajaan dan dalam jangka masa yang lama membantu wajah yang lebih berseri.

Ia mempunyai kandungan yang diperkaya dengan gliko-protein aktif, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, vitamin dan mineral yang mudah diserap oleh tubuh.

Sarang burung juga mengandungi kolagen dan protein aktif yang menggalakkan pembaharuan sel kulit.

Secara tidak langsung, ia membantu mengekalkan keremajaan kulit, seri wajah dan mencegah tanda-tanda penuaan.

Selepas kajian selama lapan tahun, Tohtonku telah menghasilkan penemuan baru yang menggabungkan kandungan semula jadi ke dalam rangkaian Nutox Oxyfusion. Tujuannya untuk mengembalikan keremajaan dan mengurangkan garis-garis halus.

Bagi memberi kesan yang efektif, pakar dermatologi Nutox menggabungkan teknik penghidratan dengan kandungan tona. Ia memberi keanjalan kulit tanpa mengeringkan kulit.

Produk ini mengandungi ekstrak sarang burung berkualiti tinggi untuk melambatkan fenomena penuaan.

Ia bertindak dengan penuh sinergi untuk mempertingkatkan struktur epidermis, membantu menebalkan kulit, di samping menyembunyikan garis-garis halus dan kedutan.

MemperbaikiBagi duta Nutox Oxyfusion, Nur Fazura, dia yakin sarang burung dapat membantu memperbaiki kesihatannya.

"Apabila Tohtonku memperkenalkan Nutox Oxyfusion dengan kandungan sarang burung, saya rasa amat teruja kerana dapat menjadi duta produk tersebut. Inilah peluang keemasan untuk mengekalkan kulit wajah menawan dan tampil muda.

"Seperti yang anda semua sedia maklum, masa yang lama berada di bawah cahaya terik dan keadaan cuaca yang tidak menentu semasa rakaman di dalam dan luar studio, ada kemungkinan kulit saya akan mempunyai kesan sampingan. Saya rasa amat bertuah apabila Oxyfusion Nutox telah membantu saya untuk mengatasi masalah ini dan meningkatkan tekstur kulit saya sambil mengecilkan liang pori melalui penghidratan," tambah selebriti yang berusia 29 tahun dan telah dikreditkan dengan filem popular, siri televisyen dan pertunjukan yang memenangi beberapa anugerah.

Selain penggunaan produk, Fazura percaya disiplin dalam menjaga penjagaan pemakanan juga penting.

Katanya, hidup lebih aktif dengan makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dalam pada itu, Nutox turut memperkenalkan krim BB berasaskan sarang burung

"Krim BB ini mempunyai kebaikan pemulihan sarang burung dan dapat membantu mengecilkan liang pori melalui penghidratan," ujar Eksekutif Kanan Nutox, Elvi Kon.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.