saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 13/06/2012

Panda simbol kepercayaan China

HASIL pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao di Nanning April lalu telah meyakinkan negara itu meminjamkan dua ekor anak beruang panda selama 10 tahun kepada Malaysia.

Ini juga bersempena jalinan hubungan diplomatik selama 40 tahun antara kedua-dua negara, iaitu sejak kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein lagi, cukup untuk mendorong Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China mengikat perjanjian tersebut dengan kerajaan Malaysia.

Kedua-dua anak panda itu dijangka akan ditempatkan di tapak khas di Taman Wetland, Putrajaya dengan bantuan pemindahan teknologi serta kepakaran dari China bagi menjamin keselesaan dan kesihatan haiwan itu dijaga dengan baik.

Satu pertandingan untuk rakyat Malaysia menamakan dua ekor anak panda itu juga dilaporkan bakal diadakan tidak lama lagi, satu penghormatan yang jarang dinikmati memandangkan jumlah haiwan itu yang amat rendah.

Kepercayaan pemerintah di Beijing memberi tanggungjawab kepada Malaysia menjaga dua ekor panda itu sebenarnya satu langkah besar dalam hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Selain menjadi ikon dan identiti penting sebuah negara kuasa besar, beruang panda merupakan spesies terancam dengan anggaran sekitar 1,600 ekor sahaja yang masih hidup dan secara simboliknya meletakkan kepercayaan tinggi dalam persahabatannya bersama Malaysia.

Menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, beruang panda merupakan satu simbol persahabatan dan hubungan diplomatik yang dijaga rapi Beijing dan tidak akan diberikan kepada sesiapa sahaja.

Tegasnya, panda kerap digunakan Beijing untuk tujuan itu tetapi negara tertentu sahaja yang mendapat pengiktirafan tersebut.

"Ini merupakan antara langkah simbolik China benar-benar mengiktiraf sesebuah negara secara diplomatik.

"Walaupun Malaysia bukan yang pertama tapi langkah ini amat penting dalam mengeratkan hubungan sebagai rakan dagang dan persahabatan yang erat," katanya.

Selain pengiktirafan Malaysia sebagai negara berdaulat yang berhak bersuara dalam arena antarabangsa, beliau juga percaya langkah simbolik itu akan melonjakkan aktiviti ekonomi dan mengeratkan hubungan sosial antara Beijing dan Kuala Lumpur.

Tambahnya, jika Malaysia mahu membalas secara simbolik juga, hanya Harimau Belang (Panthera tigris jacksoni) yang menjadi simbol negara cukup unik untuk mengimbangi pemberian panda itu.

Beliau bagaimanapun berpendapat Malaysia akan kekal neutral dalam hubungannya dengan mana-mana negara dengan dasar luar yang mengutamakan pendekatan berbaik dengan semua pihak.

"Amerika Syarikat sebelum ini sering memberi persepsi China boleh mengancam keselamatan sesebuah negara tetapi kita mahu beri persepsi berbeza kerana mahu berbaik- baik dengan semua pihak.

"China berbaik dengan Malaysia juga pasti dengan harapan kita akan lebih berpihak kepada mereka tetapi saya yakin Wisma Putra akan kekal neutral," ujarnya.

Beliau juga menegaskan hubungan erat dengan China tidak bermakna Malaysia secara ketenteraan akan berpihak kepada mana-mana kuasa besar kerana rakyat negara ini tidak mahu bermusuh dengan sesiapa.

Jelasnya, tiada untung untuk Malaysia berpihak kepada mana-mana negara kerana persahabatan Beijing-Kuala Lumpur juga bukannya satu bentuk perlindungan.

Menurut Azmi, Malaysia juga sebenarnya mempunyai pertikaian dengan China serta beberapa negara lain berhubung tuntutan bertindih Kepulauan Spratly tetapi tetap cuba mengekalkan hubungan baik melalui pintu rundingan yang sentiasa terbuka.

"Pemberian panda itu juga boleh dianggap simbol China mahu meneruskan rundingan dengan Malaysia dalam isu-isu berkaitan.

"Namun, yang paling penting dan utama adalah pengiktirafan China ini akan membawa manfaat besar kepada sosial dan ekonomi negara kelak," tegasnya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak dalam nada sama merasakan dua ekor panda itu akan mengeratkan hubungan dan kepercayaan antara Malaysia dan China.

Tegasnya, langkah itu merupakan satu manifestasi keakraban antara dua negara di samping sebagai penghargaan terhadap sumbangan Malaysia dalam hubungannya dengan China dalam arena antarabangsa selama ini.

"Kita sentiasa hormati China dan tidak pernah menganggap mereka satu ancaman sebaliknya sebagai rakan strategik penting negara.

"Walaupun Barat mempunyai persepsi berbeza kita tidak pernah berganjak daripada pegangan ini dan kekal konsisten," katanya.

Menurut beliau, China paling menghargai sikap konsisten Malaysia itu yang seterusnya berjaya meningkatkan keakraban antara Beijing dan Kuala Lumpur.

Tambahnya, keterbukaan dalam hubungan sosial dan ekonomi rakyat kedua-dua negara juga dijangka akan terus meningkat dan bakal membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

"Panda itu menjadi simbol kepercayaan Beijing kepada kita. Ini dapat dilihat melalui jumlah rakyat China yang ramai belajar dan berurus niaga di negara ini.

"Saya juga berharap panda yang dipinjamkan China itu berjaya dibiakkan dan dapat melahirkan zuriat di Malaysia agar kita dapat menyimpan panda sendiri kelak," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.