saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 14/06/2012

Budak cedera disyaki didera

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Seorang budak lelaki berusia enam tahun luka di punggung sepanjang 2.5 sentimeter selain cedera di tangan setelah disyaki didera bapa tirinya menggunakan objek panas.

Kejadian disedari bapa kandung mangsa selepas kanak-kanak tersebut mengadu kesakitan semasa hendak mengambilnya dari rumah neneknya di Kampung Raja, Besut, pada pukul 12.30 tengah hari pada Isnin lalu.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu jentera berat kemudian membuat laporan polis kira-kira pukul 4 petang hari yang sama dan berikutan itu, polis menahan bapa tiri mangsa kira-kira pukul 2 pagi keesokannya.

Sebelum itu bapa mangsa yang berumur 29 tahun menghantar anaknya itu ke rumah bekas isterinya yang kini tinggal dengan suami baru, seorang penternak ikan sangkar berumur 40 tahun di Kampung Gong Machang, Besut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, kejadian dipercayai berlaku di rumah bekas isteri pengadu di kampung berkenaan antara 4 dan 9 Jun lalu ketika cuti sekolah.

Beliau memberitahu, kira-kira pukul 7.30 malam 9 Jun lalu, bapa mangsa mengambilnya semula sebelum budak lelaki itu dihantar ke rumah nenek mangsa di Kampung Raja, Besut untuk dijaga.

"Sejurus mangsa dihantar ke rumah neneknya, bapa mangsa bertolak ke Serdang, Selangor, untuk bekerja dan sehinggalah pukul 12.30 tengah hari Isnin lalu untuk mengambilnya semula.

"Dia bagaimanapun terkejut kerana anaknya itu mengadu sakit-sakit lalu terus membawanya ke hospital," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan cedera kira-kira 2.5 sentimeter pada punggung kiri mangsa, dipercayai akibat terkena objek panas selain kecederaan di tangan.

Katanya, siasatan polis mendapati suspek yang positif dadah turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah manakala kes kecederaan mangsa disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Tambah beliau, suspek kini direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.