saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 14/06/2012

71 mangsa gempa bumi Afghanistan disahkan maut

Pihak berkuasa dan penduduk kampung menggunakan jentolak bagi mengeluarkan mayat di lokasi tanah runtuh akibat gempa bumi di daerah Burka, wilayah Baghlan, Afghanistan, semalam. - Reuters

KABUL 13 Jun - Seramai 71 orang yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan dalam gempa bumi yang melanda daerah Burka, utara Afghanistan semalam, hari ini disahkan maut.

Ketua polis daerah, Habib Rahman berkata, mereka yang terkorban kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

"Operasi menyelamat masih diteruskan untuk mencari mayat yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan," katanya kepada wartawan, hari ini.

Gempa berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan beberapa bahagian utara Afghanistan, semalam termasuk di Kabul dan Burka di wilayah Baghlan.

Menurut penduduk tempatan, anggota keluarga lelaki di kawasan terjejas berada di ladang ketika kejadian menyebabkan korban kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Gempa turut mencetuskan kejadian tanah runtuh di daerah pergunungan Burka dan memusnahkan 25 rumah kediaman.

Burka merupakan kawasan pedalaman dan kekurangan kemudahan komunikasi. Penduduk tempatan percaya angka korban mungkin lebih tinggi.

Pihak berkuasa Afghanistan, hari ini menggunakan jentolak untuk menggali bertan-tan batu setinggi kira-kira 30 meter yang menimbus Sayi Hazara, perkampungan yang dihuni kira-kira 20 keluarga.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini mereka baru menemui dua mayat dan 69 orang lagi masih tertimbus di bawah runtuhan. - AP/AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.