saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/06/2012

Undian suku akhir hari ini

KUALA LUMPUR - Sama ada kelab Asia Barat atau kelab Asia Tenggara yang menjadi lawan Kelantan dalam pusingan suku akhir Piala AFC 2012, bakal diketahui pada undian di Rumah Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil, hari ini.

Juara Piala FA 2012 yang menewaskan Terengganu secara agregat 3-2 dalam pusingan kedua Piala AFC, bulan lalu, mungkin lebih beruntung jika diundi bertemu Chonburi FC (Thailand) atau Arema Indonesia.

Namun nasib sebaliknya menanti skuad Bojan Hodak jika undian yang dijadualkan pukul 3 petang menemukan mereka sama ada Al Shorta (Syria) atau Kuwait SC atau Al Ettifaq (Arab Saudi) atau Arbil (Iraq) atau Al Wehdat (Jordan).

Kelantan menjuarai Kumpulan H Piala AFC 2012 setelah hanya kalah sekali (dengan Ayeyawady United Myanmar) dengan memungut 13 mata dalam persaingan sejak Mac hingga bulan lalu, termasuk dengan mengatasi Arema dan Navibank Saigon (Vietnam).

Tidak dapat dipastikan sama ada Arema, naib juara kumpulan bakal dipisahkan daripada Kelantan (yang menewaskannya pada kedua-dua pusingan liga) dalam undian suku akhir yang persaingannya dijadualkan September ini.

Penyerang import Kelantan, Mohamad Ghaddar dari Lebanon turut menduduki tempat ketiga dalam senarai Penjaring Terbanyak Piala AFC 2012 dengan mengumpul tujuh gol di belakang Reja Rafe (Al Shorta, sembilan) dan Sebastian Lucas Tagliabue (Al Ettifaq, lapan).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.