saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 14/06/2012

Penemuan baru arkeologi Bingkor

Mokhtar Saidin menunjukkan lapisan tanah di tapak arkeologi baru di Jalan Kuangoh yang dipercayai menyimpan banyak bahan prasejarah yang amat bernilai tinggi.

KENINGAU 13 Jun - Satu tapak arkeologi penting yang ditemui di Jalan Kuangoh, Kawasan Bingkor di sini dipercayai menyimpan banyak bahan prasejarah yang amat bernilai tinggi.

Pengarah Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Dr. Mokhtar Saidin berkata, tapak arkeologi di kawasan itu mula dijejaki pada 2009 di bawah Projek Arkeologi Sabah Barat diketuai oleh Jaffrey Abdullah.

"Berikutan penjejakan itu, kita telah melihat Sabah Barat kini mempunyai banyak potensi dalam bidang arkeologi dengan penemuan awal berupa alat batu Paleolitik atau zaman batu awal di sekitar daerah ini," katanya kepada pemberita di tapak arkeologi Bingkor kira-kira 15 kilometer dari sini baru-baru ini.

Tambahnya, sejak daripada itu satu tapak arkeologi telah dikenal pasti dan pada 9 Mei lalu, ekskavasi di tapak Bingkor dimulakan dan berakhir pada 29 Mei lepas.

Katanya, dalam tempoh itu, pihaknya bersama dengan Jabatan Muzium Sabah telah menemui sebuah bengkel pembuatan alat batu Paleolitik di lokasi berkenaan.

Tiga orang petugas menggali kawasan tapak arkeologi baru untuk mencari bahan prasejarah yang amat berharga di Jalan Kuangoh, Bingkor.

"Terdapat peralatan pembuatan alat batu seperti batu pelandas, batu pemukul, sisa-sisa kerja dan juga beberapa alat batu seperti alat penetak serta alat repehan," katanya.

Penemuan itu, katanya, menunjukkan terdapat aktiviti manusia awal di sini yang membuat alat batu dan ia belum terganggu.

Bagaimanapun, beliau berkata, proses menetapkan tarikh belum dijalankan kerana ia memerlukan kajian yang lebih terperinci.

"Penemuan ini sangat penting kerana ia mendedahkan kepentingan Sabah Barat kepada kajian Paleolitik bukan sahaja untuk negara malah juga di peringkat dunia.

"Sebelum tahun 2009 kebanyakan data prasejarah Sabah ditemui di bahagian timur seperti tapak Mansuli yang dipercayai wujud kira-kira 235,000 tahun dahulu, tapak Gua Samang Buat, Lahad Datu kira-kira 46,000 tahun dahulu dan tapak Bukit Tengkorak, Semporna (5,000 tahun) serta beberapa kawasan di bahagian timur Sabah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Muzium Sabah, Joanna Datuk Kitingan berkata, penemuan tersebut amat penting dan ia berpotensi dijadikan kawasan arkeopelancongan apabila diwartakan oleh pihaknya nanti.

"Ia akan menarik lebih ramai pelancong dan sekali gus memberi impak yang baik kepada sumber ekonomi penduduk terutama di kampung-kampung yang berhampiran," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.