saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 15/06/2012

Koleksi batik Ann Dunham

batik Indonesia merupakan sejenis pakaian tradisional Indonesia yang dipakai oleh setiap lapisan masyarakat daripada golongan diraja di kota sehingga ke golongan petani di desa.

Batik merupakan satu teknik pembuatan tekstil yang melibatkan proses melilin dan mewarna.

Tradisi pembuatan dan pemakaian batik Indonesia berasal dari istana Surakarta dan Yogyakarta di Jawa Tengah, di mana pemakaiannya diwajibkan pada abad ke-17.

Menjelang separuh kedua abad ke-19, industri batik berkembang maju dan telah diusahakan di Pantai Utara Jawa, Istana Cirebon dan Istana Sumenep di Madura.

Rekaan dan motif batik Indonesia mencerminkan kehidupan dan kepercayaan penduduknya. Ia mengandungi makna, memberikan pelindungan dan menunjukkan status.

Motif batik menjadi simbol hierarki dan status seperti motif semen, ia digunakan untuk golongan puteri raja yang telah berusia sebagai simbol kekuatan dan kematangan fikiran.

Motif ragam hias semen ialah motif yang mengandungi motif burung, pavilion dan tumbuh-tumbuhan.

Semen ialah perkataan Indonesia yang membawa maksud gambaran kehidupan yang makmur. Pada abad ke-19 Masihi, 'motif larangan' telah diwartakan khusus untuk kegunaan keluarga diraja Indonesia sahaja.

Meskipun ia telah wujud sejak dahulu, batik Indonesia masih dihargai dan diterjemahkan dalam dimensi baru yang memberangsangkan. Ia telah diiktiraf sebagai Mahakarya Warisan Lisan dan Tak Ketara Kemanusiaan' oleh UNESCO pada 2 Oktober 2009.

Pengumpulan batik mendapat perhatian antarabangsa apabila Sir Thomas Stamford Raffles pulang daripada tugasannya sebagai gabenor di Jawa (1811-1815) dengan koleksi batik.

Kehadiran Belanda sebagai penjajah di Indonesia, menyebabkan orang Belanda juga banyak mengumpul batik, yang kemudiannya diwasiatkan kepada pelbagai muzium.

Sejak itu, batik Indonesia telah dianggap sebagai hasil seni yang bernilai tinggi. Organisasi kebudayaan seperti Himpunan Wastraprema dan Yayasan Batik Indonesia terus memastikan agar batik sentiasa dipandang tinggi.

Salah seorang pencinta batik Indonesia yang telah banyak menabur jasa di dalam perkembangan industri ini di Indonesia ialah seorang wanita cekal, bijak dan berkebolehan bernama Ann Dunham.

Nama Ann Dunham mungkin tidak dikenali di Malaysia. Namun, dia merupakan seorang ahli antropologi yang banyak membantu dalam meningkatkan taraf kehidupan para pengusaha batik di Indonesia.

Ann merupakan anak kelahiran Wichita, Kansas, Amerika Syarikat yang berhijrah ke Indonesia mengikut suami yang berasal dari negara itu.

Selain meminati seni batik, Ann juga berkebolehan menenun kain dan melukis batik. Ini menjadikan beliau sebati dengan kraf tempatan di Indonesia dan memahami peri penting dan makna kain batik kepada pembuat batik di Indonesia yang terdiri daripada golongan ibu dan wanita muda.

Sebagai perintis dalam pembiayaan mikro, dia membantu golongan itu bertapak dalam bidang ekonomi.

Sebelum berhijrah ke Indonesia, Ann telah melanjutkan pelajaran di Universiti Hawai di Manoa pada 1960 dalam bidang antropologi. Sewaktu itulah, Ann bertemu jodoh dengan Barack Obama Sr. dan berkahwin pada 1961.

Pada tahun yang sama, Ann melahirkan anak lelaki yang diberi nama Barack Obama Jr. Sekarang ini merupakan Presiden Amerika Syarikat sejak dari 2009.

Menurut Presiden Obama: "Dalam mengenang zaman saya di Indonesia sebagai seorang kanak-kanak, saya masih terbayang ibu saya memakai batik-batik yang indah ini. Ibu akan membeli batik dari pasar di kampung atau kadangkala membuatnya sendiri. Dia akan menyusun batik di sekitar rumah, hanya untuk melihatnya. Dia menggemari batik dan memakainya hampir setiap hari."

Ann sendiri mempunyai koleksi batik Indonesia tersendiri dan 20 helai daripadanya itu sedang dipamerkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia dari 8 Jun hingga 20 Julai 2012. Pameran ini merupakan pameran pertama yang diadakan di luar Amerika Syarikat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.