saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/06/2012

Ali Hamsa antara nama bakal KSN baru

KUALA LUMPUR 16 Jun - Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, 56 dilihat mempunyai profil tinggi untuk dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) baru.

Ini kerana, beliau yang pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation dan Pengarah Bukan Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd., mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Beliau yang memiliki kelulusan doktor falsafah (PhD) dari Universiti Negeri Oklahoma, Amerika Syarikat dalam bidang Ekonomi Persekitaran juga pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam negara seperti Ketua Penolong Pengarah/ Ketua Unit Perkapalan, Kementerian Pengangkutan.

Beliau juga pernah berada dalam Unit Perancang Ekonomi, JPM dari 1997 hingga 2009 dan pernah menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Ekonomi Wilayah sejak 2003.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan tiga pegawai kanan kerajaan iaitu Ketua Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Shukri Mohd. Salleh; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Ali Hamsa adalah individu disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 22 Jun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.